awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketidakadilan sosial tentukan lebih 50 peratus tahap kesihatan - WHO

Bernama
Bernama
06/05/2025
10:21 MYT
Ketidakadilan sosial tentukan lebih 50 peratus tahap kesihatan - WHO
Berbilion orang menghadapi risiko penyakit dan kematian yang lebih tinggi hanya kerana keadaan kelahiran mereka, seperti kawasan tempat tinggal dan kumpulan sosial yang mereka wakili. - Gambar hiasan/Freepik
GENEVA: Keadaan tempat tinggal, pendapatan, pendidikan dan faktor sosial lain mempengaruhi kesihatan lebih daripada genetik atau kualiti sistem penjagaan kesihatan, menurut kajian baharu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Menurut kajian yang akan dibentangkan dan disiarkan secara langsung dari Geneva pada Selasa, faktor sosial serta keadaan kurang bernasib baik dan diskriminasi menentukan lebih 50 peratus tahap kesihatan, lapor agensi berita Jerman, dpa.
Ia memberi tumpuan kepada "penentu sosial terhadap kesaksamaan kesihatan," yang ditakrifkan oleh WHO sebagai "keadaan di mana seseorang dilahirkan, membesar, hidup, bekerja dan menua, serta akses mereka kepada kuasa, wang dan sumber."
Kesemua faktor itu didapati memberi pengaruh besar terhadap jurang kesihatan yang boleh dielakkan dan tidak adil.
"Berbilion orang menghadapi risiko penyakit dan kematian yang lebih tinggi hanya kerana keadaan kelahiran mereka, seperti kawasan tempat tinggal dan kumpulan sosial yang mereka wakili," kata Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.
"Sebahagian besar beban penyakit dan kematian di peringkat global boleh dicegah. Ketaksaksamaan kesihatan bukan sesuatu yang berlaku secara kebetulan; ia berpunca daripada cara masyarakat mengagihkan sumber dan peluang, yang diperkuat oleh pilihan serta kepimpinan politik -- dan hal ini boleh ditangani oleh kita sebagai pemimpin global."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#faktor sosial
#kesihatan
#sistem penjagaan
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan