DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 12/05/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 12 Mei 2025.
1. Konflik India-Pakistan berpanjangan dibimbangi cetus perang nuklear - Penganalisis
Konflik India-Pakistan yang melibatkan operasi ketenteraan untuk tempoh masa yang berpanjangan dibimbangi akan mencetuskan perang nuklear.
2. Konflik India-Pakistan tidak bermula dengan pembunuhan 26 pelancong di Kashmir - Penganalisis
Konflik India-Pakistan yang melibatkan operasi ketenteraan ketika ini tidak bermula dengan pembunuhan 26 pelancong India di Kashmir.
3. Trump mulakan jelajah Asia Barat
Arab Saudi menjadi destinasi pilihan pertama Trump sejak menjawat jawatan itu buat kali kedua tahun ini.
4. Presiden Rusia seru perkukuh hubungan dengan dunia Islam ketika KazanForum bermula Selasa
Acara yang berlangsung hingga 18 Mei itu menghimpunkan delegasi dari lebih 100 negara.
5. Setiausaha Agung ASEAN seru hubungan lebih erat dengan New Zealand tangani cabaran perdagangan global
Kao menyeru kerjasama lebih mendalam antara Asia Tenggara dan New Zealand dalam menghadapi ketegangan perdagangan global yang semakin memuncak serta peralihan dinamik kuasa antarabangsa.
6. PBB beri amaran 2.1 juta penduduk Gaza berhadapan kebuluran akibat sekatan
OCHA menggesa agar sekatan berterusan ke atas Semenanjung Gaza yang kini memasuki minggu kesembilan berturut-turut dihentikan.
7. Latihan Tentera Udara Korea Selatan disambung semula susulan insiden pengeboman
Korea Selatan akan meneruskan latihan menggunakan bom hidup itu secara berturut-turut minggu ini di kawasan latihan.
8. Malaysia utamakan isu AI, perdagangan mampan pada mesyuarat APEC di Jeju
Malaysia akan menyertai rakan serantau dan global minggu ini dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Bertanggungjawab Mengenai Perdagangan (MRT) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (AOEC) kali ke-31 di Jeju.
9. AS, China kurangkan tarif timbal balik selepas rundingan di Geneva
Amerika Syarikat (AS) dan China pada Isnin mengumumkan pengurangan tarif import timbal balik selepas mengadakan rundingan di Geneva.
10. Kes baharu COVID-19 menurun, Thailand tekankan kepentingan langkah berjaga-jaga
Situasi COVID-19 di Thailand terus bertambah baik, menurut data Kementerian Kesihatan Awam.
#berita pilihan #antarabangsa #COVID-19 #ASEAN