DUNIA
Konflik India-Pakistan berpanjangan dibimbangi cetus perang nuklear - Penganalisis

Azizuddin dalam program Agenda AWANI berkata tidak mustahil perang nuklear meletus memandangkan India-Pakistan merupakan kuasa nuklear dunia.
KUALA LUMPUR: Konflik India-Pakistan yang melibatkan operasi ketenteraan untuk tempoh masa yang berpanjangan dibimbangi akan mencetuskan perang nuklear.
Ringkasan AI
- Kebimbangan Perang Nuklear: Konflik yang berpanjangan antara India dan Pakistan dibimbangi mencetuskan perang nuklear kerana kedua-dua negara adalah kuasa nuklear dunia.
- Usaha Gencatan Senjata: Masyarakat dunia, termasuk Amerika Syarikat, berusaha untuk mewujudkan gencatan senjata bagi mengelakkan perang nuklear dan memudahkan usaha damai.
- Kehilangan Kelebihan India: India telah hilang kelebihan dalam konflik ini, dan gencatan senjata dianggap sebagai pilihan terbaik untuk mengelakkan kehancuran.
"Paling penting ialah kedua-dua negara ini merupakan kuasa nuklear dunia. Dunia bimbang jika perang ini berlanjutan untuk tempoh panjang akan menyukarkan (usaha damai), dan kalau nuklear digunakan maka akan menjadi perang nuklear pula.
“Oleh itu, masyarakat dunia termasuk Amerika Syarikat adakan usaha untuk wujudkan gencatan senjata,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
Konflik India-Pakistan berpanjangan dibimbangi cetus perang nuklear - Penganalisis
Dalam temu bual sama, Profesor Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-undang, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam pula berpandangan India kini sudah hilang kelebihan dalam konflik yang meletus dan gencatan senjata merupakan pilihan terbaik yang ada.
"Selalunya, sama ada dalam konflik ini atau konflik-konflik lain, perjanjian gencatan senjata ini akan diminta oleh pihak yang kalah. Ini kerana, pihak yang kalah tahu, jika tidak ada gencatan senjata mereka akan hancur.
“Pihak yang menang tidak akan mahu gencatan senjata, melainkan mereka berbesar hati untuk bersetuju memandangkan mereka berada di posisi yang amat baik.
“Perkara yang sama berlaku dalam perang Israel ke atas Palestin. Israel hanya bersetuju kepada senjata apabila mereka berada di pihak yang kalah,” ujarnya.
Konflik yang meletus adalah berikutan insiden serangan yang membunuh 26 pelancong India di Kashmir pada hujung April lalu.
Terkini, India dan Pakistan berada dalam tempoh gencatan senjata sejak Sabtu, selepas berbalas serangan empat hari sebelumnya.
Agenda AWANI: Gencatan senjata India-Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami