INTERNATIONAL
AS, China kurangkan tarif timbal balik selepas rundingan di Geneva

Pengurangan tarif itu akan berkuat kuasa selama 90 hari. - Gambar hiasan
GENEVA: Tarif AS ke atas barangan import dari China akan dikurangkan kepada 30 peratus daripada 145 peratus, manakala tarif China ke atas barangan import dari AS akan diturunkan kepada 10 peratus daripada 125 peratus.
Ringkasan AI
- Kedua-dua negara bersetuju menurunkan tarif secara timbal balik selepas rundingan di Geneva, dengan AS mengurangkan tarif ke atas barangan China kepada 30% dan China mengurangkan tarif ke atas barangan AS kepada 10%.
- Keputusan ini akan berkuat kuasa dalam tempoh 90 hari sebagai langkah memperkukuh hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala antara dua kuasa besar dunia.
- AS dan China menegaskan komitmen mereka untuk terus berkomunikasi, bekerjasama, dan menghormati kepentingan bersama demi kestabilan ekonomi global.
Pengurangan tarif itu akan berkuat kuasa selama 90 hari.
Keputusan itu dibuat "dengan mengiktiraf kepentingan hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala kepada kedua-dua negara serta ekonomi global," menurut kenyataan bersama yang disiarkan oleh Rumah Putih.
Dua ekonomi terbesar dunia itu menyatakan komitmen untuk bergerak ke hadapan "dalam semangat keterbukaan bersama, komunikasi berterusan, kerjasama dan saling menghormati," menurut kenyataan itu lagi.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami