awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 100 terkorban dalam serangan kumpulan bersenjata di tengah Nigeria - Sumber
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes baharu COVID-19 menurun, Thailand tekankan kepentingan langkah berjaga-jaga

Bernama
Bernama
12/05/2025
09:36 MYT
Kes baharu COVID-19 menurun, Thailand tekankan kepentingan langkah berjaga-jaga
Situasi COVID-19 di Thailand terus bertambah baik, menurut data Kementerian Kesihatan Awam. - Gambar fail/Bernama
BANGKOK: Thailand melaporkan 12,543 kes baharu COVID-19 minggu lepas - penurunan daripada 14,349 kes minggu sebelumnya - ketika pihak berkuasa terus menggesa orang ramai, khususnya kumpulan berisiko tinggi, agar terus berwaspada memandangkan virus itu kini diklasifikasikan sebagai endemik.
Timbalan Jurucakap Pejabat Perdana Menteri Sasikarn Wattanachan pada Ahad (11 Mei) berkata situasi COVID-19 di Thailand terus bertambah baik, menurut data Kementerian Kesihatan Awam.
Akhbar tempatan Thailand, The Nation melaporkan pada Ahad bahawa dari 1 Jan hingga 8 Mei tahun ini, sejumlah 41,197 kes kumulatif dan 15 kematian dicatatkan, iaitu penurunan ketara berbanding tempoh sama pada 2024 yang merekodkan lebih 700,000 jangkitan.
Sasikarn menjelaskan bahawa COVID-19 kini telah beralih kepada status penyakit endemik, bermakna jangkitan boleh berlaku sepanjang tahun, khususnya pada musim hujan dan sesi persekolahan apabila orang ramai lebih cenderung berkumpul.
Beliau menggesa orang ramai supaya terus mematuhi langkah-langkah kesihatan dan keselamatan.
Sementara itu, akhbar Bangkok Post melaporkan pada Sabtu bahawa Menteri Kesihatan Awam Somsak Thepsutin menasihatkan orang ramai agar tidak panik berhubung kebimbangan mengenai peningkatan semula kes COVID-19 di Thailand, sambil menegaskan bahawa penyakit itu kini telah diklasifikasikan sebagai endemik.
Walaupun bilangan kes masih ketara, Somsak berkata kebanyakan jangkitan hanya menyebabkan gejala ringan.
Beliau mengaitkan kadar jangkitan dengan faktor musim dan perhimpunan berskala besar.
"Walaupun mudah merebak, tahap keterukannya telah berkurang.
"Tidak perlu panik, namun semua pihak mesti kekal berwaspada dan terus mematuhi langkah kesihatan awam seperti memakai pelitup muka," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Thailand
#kes jangkitan baharu
#langkah berjaga-jaga
#kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan