INTERNATIONAL

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 17/05/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 17 Mei 2025.
1. ILO perluas inisiatif 'Ship to Shore Rights' di ASEAN untuk lindungi nelayan
Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mengambil langkah tegas untuk melibatkan kerajaan ASEAN bagi melindungi hak dan kebajikan pekerja migran dalam industri perikanan Asia Tenggara.
2. 153 lagi mayat ditemukan, korban kekejaman zionis di Gaza meningkat kepada 53,272
Kementerian Kesihatan di wilayah yang terkepung dan dibedil melaporkan sebanyak 153 mayat mangsa serangan Israel tiba di hospital di seluruh Gaza dalam tempoh 24 jam lalu.
3. Mahmoud Abbas gesa terima pakai 'pelan Arab' untuk tamatkan perang di Palestin
Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas menyeru pemimpin Arab untuk menerima pakai satu pelan menyeluruh bagi menamatkan perang dan mencapai keamanan.
4. PBB enggan terlibat operasi bantuan Gaza jika gagal patuhi undang-undang antarabangsa
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menegaskan bahawa PBB tidak akan mengambil bahagian dalam sebarang operasi bantuan di Gaza yang tidak mematuhi undang-undang antarabangsa dan prinsip kemanusiaan.
5. Palestin berdarah di hadapan mata kita - PM Sepanyol
Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, menyuarakan kebimbangannya terhadap keadaan di Palestin yang semakin meruncing.
6. Bekas Presiden Korea Selatan Yoon tinggalkan parti menjelang pilihan raya
Bekas Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Sabtu mengumumkan keluar daripada Parti Kuasa Rakyat (PPP) menjelang pilihan raya presiden awal pada 3 Jun, lapor Xinhua.
7. Kesan kebuluran makin ketara di Gaza, hospital hadapi krisis bekalan darah
Kesan kebuluran semakin jelas kelihatan pada anggota tubuh penduduk Palestin di Gaza.
8. Israel tiada hak tentukan masa depan Gaza - Pelapor Khas PBB
PELAPOR Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Wilayah Palestin yang Diduduki, Francesca Albanese, sekali lagi mengkritik keras tindakan Israel dalam konflik Gaza, dengan menyatakan bahawa rejim itu tidak berhak menentukan masa depan wilayah tersebut.
9. PBB rancang sambung semula penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza
Ketua bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat berkata pihaknya mempunyai rancangan untuk menyambung semula penghantaran bantuan ke Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi.
10. Badan pilihan raya tertinggi Bolivia tentukan kelayakan calon bekas presiden Morales
Presiden Tribunal Pilihan Raya Agung (TSE) Bolivia Oscar Hassenteufel pada Jumaat berkata bekas Presiden Evo Morales boleh mendaftar sebagai calon bagi pilihan raya umum pada 17 Ogos jika beliau menyertai parti politik yang sah dari segi undang-undang dan mengemukakan dokumen yang diperlukan, lapor Xinhua.
#berita pilihan #antarabangsa #bekalan darah #bantuan kemanusiaan