INTERNATIONAL
PBB rancang sambung semula penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza

Sejak 2 Mac, Israel menutup laluan bantuan ke Gaza, memburukkan krisis kemanusiaan. -Gambar fail/AP
WASHINGTON: Ketua bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat berkata pihaknya mempunyai rancangan untuk menyambung semula penghantaran bantuan ke Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi.
Ringkasan AI
- Ketua bantuan PBB, Tom Fletcher, menyatakan bahawa pihaknya sudah mempunyai rancangan sedia untuk menyambung semula penghantaran bantuan ke Semenanjung Gaza, berdasarkan prinsip kemanusiaan dan disokong oleh masyarakat antarabangsa.
- Sejak 2 Mac, Israel menutup laluan bantuan ke Gaza, memburukkan krisis kemanusiaan, namun PBB kini mempunyai 160,000 palet bantuan yang sedia dihantar jika diberi kebenaran.
- Fletcher menuntut agar bantuan dapat dihantar dengan cepat, selamat dan tanpa halangan kepada orang awam, di tengah serangan Israel yang telah mengorbankan 53,000 rakyat Palestin sejak 7 Oktober 2023.
"Ia berasaskan prinsip yang tidak boleh dikompromi, iaitu kemanusiaan, kesaksamaan, keberkecualian dan kebebasan.
"Ia disokong oleh gabungan penderma dan sebahagian besar masyarakat antarabangsa. Ia sedia untuk dilaksanakan - hari ini - sekiranya kami dibenarkan melaksanakan tugas kami," kata Fletcher.
Beliau berkata sebanyak 160,000 palet bantuan sedia untuk dihantar masuk ke Gaza sekarang.
"Kami menuntut penghantaran bantuan yang cepat, selamat dan tanpa halangan kepada orang awam yang memerlukan. Benarkan kami bekerja," tambahnya.
Tentera Israel melancarkan serangan kejam di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023, mengakibatkan 53,000 rakyat Palestin terkorban, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami