[TERKINI] Polis Kenal Pasti Peserta Program Motivasi Rumah Tangga eHati – Amaran Tangkapan Jika Enggan Bekerjasama – Ikuti Perkembangan Di Sini
DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 30/05/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 30 Mei 2025.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 30 Mei 2025.


1. UNRWA gesa akses segera ke Gaza ketika bekalan bantuan terbiar di Jordan

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) pada Jumaat memberi amaran berhubung halangan berterusan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza, apabila bekalan bantuan terbiar dalam jumlah yang besar di Jordan.



2. PM ke Singapura, hadiri Dialog Shangri-La

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Singapura pada 31 Mei (esok), bagi menghadiri Dialog Shangri-La ke-22 anjuran Institut Kajian Strategik Antarabangsa (IISS).


3. Sekatan bantuan Israel "tidak boleh diterima", mungkin langgar undang-undang - PM Singapura

Sekatan yang dikenakan Israel terhadap penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza adalah sama sekali tidak boleh diterima dan tidak wajar sama sekali, kata Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong.


4. Luis Montenegro dilantik semula sebagai Perdana Menteri Portugal

Luis Montenegro dilantik semula sebagai Perdana Menteri Portugal pada Khamis oleh Presiden Marcelo Rebelo de Sousa.


5. White House: Tarif Trump "sah" di sisi undang-undang

White House pada Khamis mempertahankan tarif global meluas yang dilaksanakan oleh Presiden Donald Trump sebagai "sah di sisi undang-undang" selepas panel tiga hakim sebulat suara memutuskan bahawa beliau telah melampaui kuasanya apabila mengisytiharkan darurat untuk melaksanakan tarif perdagangan global.


6. Skandal 1MDB: Tim Leissner mohon maaf kepada rakyat Malaysia

Bekas pegawai tinggi Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh mahkamah di New York pada Khamis selaku berperana penting dalam skandal berbilion dolar membabitkan dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).


7. China setuju mulakan proses sambung semula import makanan laut Jepun - Tokyo

Kerajaan Jepun pada Jumaat memaklumkan bahawa China telah bersetuju untuk memulakan prosedur bagi menyambung semula import makanan laut dari Jepun, sekali gus menamatkan larangan yang dikenakan susulan pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima yang musnah ke laut.


8. Hakim halang larangan Trump terhadap pelajar antarabangsa Harvard

Seorang hakim persekutuan di Amerika Syarikat (AS) telah memutuskan untuk melanjutkan perintah sementara yang menghalang pentadbiran Presiden Donald Trump daripada menarik balik kelayakan Universiti Harvard untuk mendaftarkan pelajar antarabangsa.


9. Thailand dan Kemboja sepakat selesaikan pertikaian sempadan melalui JBC

Tentera Thailand dan Kemboja bersetuju pada Khamis untuk menarik balik anggota tentera dari kawasan yang dipertikaikan di sepanjang sempadan Thailand-Kemboja apabila berlaku pertempuran singkat sehari sebelumnya.


10. Israel terima cadangan gencatan senjata baharu AS dengan Hamas

Israel telah menerima cadangan baharu untuk gencatan senjata dengan Hamas yang dikemukakan oleh utusan khas Amerika Syarikat, Steve Witkoff, menurut seorang pegawai Israel.


#berita pilihan #antarabangsa #Gaza #1MDB