awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Israel lancar serangan balas besar-besaran selepas anggota tentera maut
MALAYSIA
Startup ASEAN: Langkah ke hadapan bagi integrasi serantau - Setiausaha Agung ASEAN
MALAYSIA
Kementerian Komunikasi berjaya laksana reformasi kerenah birokrasi - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
25/06/2025
15:59 MYT
Sponsor Banner
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 25 Jun 2025.
1. UK bakal peroleh 12 pesawat F-35A, tegaskan komitmen terhadap NATO
United Kingdom (UK) merancang untuk memperoleh sekurang-kurangnya 12 buah pesawat pejuang F-35A yang berkeupayaan membawa senjata nuklear.
2. Presiden AS Trump komited kepada klausa pertahanan bersama NATO
Mark Rutte menyatakan beliau yakin bahawa AS di bawah Trump akan mempertahankan mana-mana anggota pakatan itu sekiranya berlaku serangan.
3. Arab Saudi sedia terima jemaah umrah bagi musim 1447H
Semua balai imigresen di pintu masuk udara, darat dan laut telah diperkukuh dengan petugas berkelayakan serta peralatan teknikal moden.
4. Konflik Israel-Iran: Apa kita tahu setakat ini?
Konflik antara Israel dan Iran terus memuncak selepas Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan ke atas tiga tapak nuklear Iran.
5. Keutamaan IAEA untuk kembali ke kemudahan nuklear Iran - Grossi
IAEA perlu menilai tahap kerosakan dan mengesahkan status stok uranium Iran, termasuk uranium yang diperkaya sehingga 60 peratus, serta memastikan pematuhan terhadap NPT.
6. Konflik Israel-Iran: China gesa redakan ketegangan di Asia Barat
China menyokong usaha Iran dalam memelihara kedaulatan dan keselamatan negara dan mewujudkan gencatan senjata.
7. Pemimpin NATO luluskan peningkatan besar perbelanjaan pertahanan
Pemimpin NATO pada Rabu akan meluluskan secara rasmi peningkatan besar dalam perbelanjaan pertahanan.
8. Gencatan senjata Israel-Iran berjalan lancar - Trump
Trump menyatakan keyakinan bahawa Iran tidak akan meneruskan pengayaan uranium dalam masa terdekat dan menyifatkan serangan AS ke atas kemudahan nuklear Iran sebagai kemenangan bersama.
9. Parlimen Iran lulus pelan gantung kerjasama dengan IAEA
Jawatankuasa Parlimen Iran meluluskan pelan umum bagi satu rang undang-undang yang bertujuan menggantung kerjasama negara itu dengan IAEA.
10. Menteri Pertahanan Pakistan kecam sikap hipokrit Barat terhadap Iran
Asif menegaskan Iran sentiasa terbuka kepada rundingan, manakala Barat dan Israel pula meningkatkan ketegangan dan gagal mempertanggungjawabkan Israel atas pencerobohan.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel
#Imigresen
#IAEA
#Arab Saudi
#NATO
#China
#umrah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami