Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 September 2025.
Prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, memasuki hari ke-13 pada Rabu dengan sambungan keterangan daripada saksi pelajar kedua pada sesi pagi.
Polis Diraja Malaysia menolak dakwaan bekas penganalisis kewangan keganasan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat Jonathan Schanzer, yang mendakwa Malaysia dijadikan pangkalan kepimpinan Hamas.
Penulis blog, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, 42, diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini, atas tuduhan menghasut dengan niat menimbulkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, tahun lalu.
Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla berdepan cubaan intimidasi apabila lebih 15 dron dilaporkan berlegar rendah di atas bot Alma serta beberapa kapal pengiring di Laut Mediterranean.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan seorang Timbalan Pendakwa Raya yang baru melaporkan diri minggu lepas, ditahan polis semalam kerana memiliki dadah.
Sejumlah 2.4 juta pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) hilang kelayakan menerima Bantuan Budi Madani RON95 (BUDI95) susulan status lesen mereka terbatal kerana tamat tempoh melebihi tiga tahun.
Pengarah Maju Holdings Sdn Bhd Tan Sri Abu Sahid Mohamed dan seorang bekas pengarah syarikat pembinaan hari ini mengaku tidak bersalah terhadap 19 pertuduhan melibatkan wang berjumlah RM754.6 juta di Mahkamah Sesyen.
ASEAN tidak boleh menjadi pemerhati yang bersifat pasif dalam menghadapi cabaran ekonomi dan geopolitik global, sebaliknya perlu memimpin usaha membina daya tahan dalam kalangan negara anggotanya yang kini menaungi lebih 600 juta penduduk, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa kes jenayah Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan SRC International Sdn Bhd tidak mempunyai kaitan langsung dengan saman sivil syarikat tersebut terhadap bekas Perdana Menteri itu.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan sokongan penuh rakyat Malaysia kepada Konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) dan mendoakan kejayaan misi berkenaan yang kini hanya tinggal 750 batu nautika dari Palestin.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


