DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 02/07/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 2 Julai 2025.
1. Iran gantung kerjasama dengan badan pemantau nuklear PBB
Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, dilapor meluluskan undang-undang menggantung kerjasama negara itu dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
2. Helikopter misi Afrika terhempas di lapangan terbang Mogadishu
Sebuah helikopter tentera milik Misi Sokongan dan Penstabilan Kesatuan Afrika di Somalia (AUSSOM) terhempas dan terbakar ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Aden Adde di ibu negara Somalia pada pagi Rabu, menurut laporan Agensi Berita Kebangsaan Somalia (SONNA).
3. Isu Ambalat akan dibincang semasa lawatan PM ke Indonesia - Fahmi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan menghadiri Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia di Jakarta pada 29 Julai ini, dengan isu Ambalat antara perkara yang dijangka dibincangkan.
4. Iran hantar surat kepada Arab Saudi, saran perluas kerjasama dua hala
Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, dilapor menyampaikan sepucuk surat rasmi kepada rakan sejawatannya dari Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan bin Abdullah, yang mengandungi cadangan untuk memperkukuh hubungan dua hala dalam pelbagai bidang.
5. 6 juta data pelanggan Qantas terjejas dalam serangan siber
Syarikat penerbangan Australia, Qantas mengesahkan bahawa data sehingga enam juta pelanggannya diakses oleh penjenayah siber.
6. Pakistan ketuai Majlis Keselamatan PBB bagi Julai
Pakistan secara rasmi mengambil alih kerusi presiden Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi bulan Julai, dalam penggal dua tahunnya sebagai anggota tidak tetap yang bermula pada 1 Jan lalu.
7. Amerika Syarikat hentikan penghantaran senjata tertentu kepada Ukraine - Laporan
Amerika Syarikat (AS) dilaporkan menghentikan penghantaran beberapa jenis senjata yang sebelum ini dijanjikan kepada Ukraine, termasuk peluru berpandu atas kebimbangan simpanan senjata AS tidak mencukupi.
8. Israel setuju syarat untuk muktamadkan gencatan senjata 60 hari di Gaza - Trump
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Selasa berkata, Israel bersetuju dengan "syarat-syarat yang diperlukan" bagi memuktamadkan gencatan senjata selama 60 hari di Semenanjung Gaza.
9. Pihak berkuasa Mexico temukan 383 mayat bertindan di krematorium
Pihak berkuasa Mexico menemui 383 mayat yang telah diawet dan ditinggalkan bertindan tanpa urusan lanjut di sebuah krematorium swasta di Ciudad Juarez, utara Mexico - satu pendedahan mengejutkan yang mencetuskan siasatan terhadap kemungkinan kecuaian serius oleh pengendali premis tersebut.
10. Pertelingkahan makin tegang, Trump ancam tarik subsidi Tesla, SpaceX
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengancam untuk menghentikan berbilion dolar subsidi kerajaan kepada syarikat-syarikat milik Elon Musk, termasuk Tesla dan SpaceX.
#berita pilihan #antarabangsa #gencatan senjata #Donald Trump