awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amerika Syarikat hentikan penghantaran senjata tertentu kepada Ukraine - Laporan

Bernama
Bernama
02/07/2025
03:40 MYT
Amerika Syarikat hentikan penghantaran senjata tertentu kepada Ukraine - Laporan
Amerika Syarikat menghentikan penghantaran beberapa jenis senjata yang sebelum ini dijanjikan kepada Ukraine, termasuk peluru berpandu atas kebimbangan simpanan senjata AS tidak mencukupi. - Gambar fail
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dilaporkan menghentikan penghantaran beberapa jenis senjata yang sebelum ini dijanjikan kepada Ukraine, termasuk peluru berpandu atas kebimbangan simpanan senjata AS tidak mencukupi, lapor agensi berita Jerman dpa.
Laman sesawang Politico dan penyiar NBC News pada Selasa melaporkan perkara itu dengan memetik sumber, termasuk pegawai pertahanan dan ahli Kongres AS bahawa semakan terhadap stok simpanan telah dijalankan terlebih dahulu.
Antara senjata yang dikatakan termasuk peluru berpandu untuk sistem pertahanan udara Patriot, peluru berpandu Hellfire serta senjata lain yang dilancarkan dari pesawat F-16 milik Ukraine dan dron.
Timbalan Jurucakap Rumah Putih Anna Kelly dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat bagi mengutamakan kepentingan Amerika Syarikat selepas Jabatan Pertahanan mengkaji semula bantuan ketenteraan negara itu kepada negara lain di seluruh dunia.
Kelly menegaskan, kekuatan angkatan tentera AS kekal tidak diragui.
Jabatan Pertahanan AS tidak memberikan sebarang komen ketika diminta mengulas laporan berkenaan.
Senjata itu dilapor dijanjikan kepada Ukraine semasa pentadbiran Presiden AS sebelum ini, Joe Biden.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#bekalan senjata dihentikan
#konflik Rusia-Ukraine
#Jabatan Pertahanan AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan