awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Puteri Wales, Kate Middleton kongsi pengalaman sukar pemulihan kanser
MALAYSIA
[KOLUMNIS] Agenda Iklim: Malaysia melangkah, dunia jangan alpa
HIBURAN
Enggan panjangkan isu melibatkan 4U2C, Ajai mohon maaf
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Helikopter misi Afrika terhempas di lapangan terbang Mogadishu

Astro Awani
Astro Awani
02/07/2025
08:20 MYT
Helikopter misi Afrika terhempas di lapangan terbang Mogadishu
Letupan kuat dan asap tebal dilihat di kawasan Halane Base Camp, namun tiada pengesahan rasmi mengenai kecederaan atau kematian setakat ini. -Gambar media sosial/x The Global Monitor @theglobal4u
MOGADISHU: Sebuah helikopter tentera milik Misi Sokongan dan Penstabilan Kesatuan Afrika di Somalia (AUSSOM) terhempas dan terbakar ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Aden Adde di ibu negara Somalia pada pagi Rabu, menurut laporan Agensi Berita Kebangsaan Somalia (SONNA).

Ringkasan AI
  • Sebuah helikopter tentera milik AUSSOM terhempas dan terbakar ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Aden Adde, Mogadishu, membawa lapan anggota dari pangkalan Balidoogle.
  • Letupan kuat dan asap tebal disaksikan di kawasan Halane Base Camp, namun tiada pengesahan rasmi mengenai kecederaan atau kematian setakat ini.
  • Insiden ini menyerlahkan risiko operasi misi pengaman antarabangsa di Somalia, yang masih bergelut dengan ancaman keselamatan daripada kumpulan militan al-Shabaab.

Helikopter berkenaan yang berlepas dari pangkalan udara Balidoogle membawa lapan anggota dan terhempas di dalam kawasan Halane Base Camp — zon keselamatan tinggi yang menempatkan diplomat asing dan pasukan tentera antarabangsa.
Saksi dan kakitangan lapangan terbang memaklumkan kepada Reuters bahawa mereka terdengar letupan kuat diikuti asap hitam tebal dari lokasi nahas.
Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran dengan pantas, namun pihak berkuasa belum mengesahkan sama ada terdapat mangsa cedera atau terkorban.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Somalia memaklumkan bahawa operasi penerbangan di lapangan terbang tersebut berjalan seperti biasa.
Topic Berkaitan
#AUSSOM
#helikopter terhempas
#Lapangan Terbang Aden Adde
#Misi Afrika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami