[TERKINI] Helikopter PDRM Terhempas di Gelang Patah – Dua Anggota Polis Kritikal. Ikuti Laporan Penuh di Sini.
DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 07/07/2025 | 15:58 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 7 Julai 2025.


1. Perjanjian gencatan senjata Gaza boleh dicapai minggu ini - Trump

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Ahad berkata, perjanjian gencatan senjata di Gaza mungkin dicapai dengan kumpulan Palestin Hamas minggu ini.



2. TikTok bakal lancar aplikasi baharu hanya untuk Amerika Syarikat

Isu penjualan perniagaan TikTok di Amerika Syarikat masih belum menujukan ia akan berakhir dengan tarikh jualan sudah tiga kali dilanjutkan oleh Presiden Trump.


3. Negara sokong "dasar anti-Amerika" BRICS akan dikenakan tarif tambahan 10 peratus - Trump

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada lewat Ahad memberi amaran bahawa mana-mana negara yang menyokong "dasar anti-Amerika" blok ekonomi BRICS akan dikenakan tarif tambahan sebanyak 10 peratus.


4. Thailand keluar amaran banjir, tanah runtuh di 33 wilayah

Kerajaan Thailand menyenaraikan 33 wilayah dalam keadaan berjaga-jaga minggu ini susulan ramalan hujan lebat berterusan yang berpotensi mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh.


5. Kes bunuh: Wanita Australia didapati bersalah, hidang cendawan beracun

Seorang wanita Australia didapati bersalah pada Isnin atas tiga pertuduhan membunuh selepas menghidangkan makan tengah hari yang mengandungi cendawan beracun kepada tetamunya iaitu keluarga mentua.


6. Gunung Lewotobi di Indonesia meletus, cetus amaran keselamatan

Letusan kuat Gunung Lewotobi Laki-Laki di daerah Flores Timur, Indonesia pada Isnin mencetuskan amaran bahaya apabila abu tebal dan batu kerikil yang jatuh mengancam penduduk berhampiran.


7. PM China seru BRICS jadi pelopor promosi pembaharuan tadbir urus global

Perdana Menteri China Li Qiang menyeru negara-negara BRICS supaya berusaha menjadi pelopor dalam mempromosikan pembaharuan tadbir urus global.


8. AS hantar notis tarif dan perjanjian perdagangan mulai Isnin - Trump

Amerika Syarikat akan mula menghantar surat kepada negara-negara rakan dagangnya mulai Isnin bagi memaklumkan tentang perjanjian dan pelaksanaan tarif baharu, kata Presiden AS Donald Trump pada Ahad.


9. Tindakan tegas Korea Selatan jejas aktivis belon anti-Korea Utara

Peralatan yang digunakan aktivis Lee Min-bok untuk menghantar belon berisi risalah anti-Kim Jong Un dari Korea Selatan ke Korea Utara kini dibiarkan berhabuk dan dipenuhi sawang selepas beliau menghentikan operasinya beberapa bulan lalu.


10. WTO perlu diberi nafas baharu - PM Anwar

Malaysia menyokong penuh reformasi menyeluruh terhadap Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).


#berita pilihan #antarabangsa #berita global #berita dunia #Berita AWANI