DUNIA
PM China seru BRICS jadi pelopor promosi pembaharuan tadbir urus global

Li Qiang menyeru blok itu supaya terus memperjuangkan kebenaran dan keadilan, serta memelihara keamanan dan kestabilan dunia. - Gambar fail/ Reuters
RIO DE JANEIRO: Perdana Menteri China Li Qiang menyeru negara-negara BRICS supaya berusaha menjadi pelopor dalam mempromosikan pembaharuan tadbir urus global.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri China, Li Qiang, menyeru negara-negara BRICS agar menjadi pelopor dalam pembaharuan tadbir urus global, menekankan keperluan mempertahankan kebergantungan diri dan memperkukuh peranan negara-negara Selatan Global dalam arena antarabangsa.
- Li turut menggesa BRICS memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi, meneroka sektor baharu, dan memperkukuh kerjasama pembangunan; China akan menubuhkan pusat penyelidikan kuasa produktif serta menawarkan biasiswa kepada negara anggota.
- Sidang Kemuncak BRICS ke-17 yang dipengerusikan Presiden Brazil turut meluluskan Deklarasi Rio de Janeiro, mencerminkan komitmen kolektif terhadap keamanan, keadilan global dan tadbir urus yang lebih saksama.
Dalam ucapannya, Li Qiang menegaskan bahawa BRICS, sebagai kekuatan utama negara-negara Selatan Global perlu mempertahankan kemerdekaan dan kebergantungan diri, memainkan peranan bertanggungjawab di peringkat antarabangsa, serta berusaha membina konsensus dan sinergi dalam kalangan masyarakat global.
Pada masa sama, beliau menyeru blok itu supaya terus memperjuangkan kebenaran dan keadilan, serta memelihara keamanan dan kestabilan dunia.
"Negara-negara BRICS harus memberi tumpuan kepada pembangunan, memperkukuh momentum pertumbuhan ekonomi, di samping membimbing kerjasama pembangunan dan meneroka potensi pertumbuhan dalam sektor-sektor baharu," kata Li.
Beliau berkata, China akan menubuhkan pusat penyelidikan kuasa produktif kualiti baharu China-BRICS pada tahun ini, selain menawarkan biasiswa kepada negara-negara anggota untuk melatih tenaga profesional dalam bidang perindustrian dan telekomunikasi.
"China bersedia berganding tangan dengan negara BRICS lain untuk mendorong tadbir urus global yang lebih adil, saksama, efisien dan teratur demi membina dunia yang lebih baik," kata Li.
Deklarasi Rio de Janeiro Sidang Kemuncak BRICS Ke-17 turut diluluskan dalam sesi pleno itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami