awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkukuh kefahaman, pegangan terhadap sunah sebagai sumber dan panduan hidup
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
Gudang terbakar, 76.8 tan limau mandarin musnah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bunuh: Wanita Australia didapati bersalah, hidang cendawan beracun

Bernama
Bernama
07/07/2025
09:46 MYT
Kes bunuh: Wanita Australia didapati bersalah, hidang cendawan beracun
Erin Patterson sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berkenaan dan berhujah bahawa insiden itu adalah satu tragedi yang tidak disengajakan. - AP
SYDNEY: Seorang wanita Australia didapati bersalah pada Isnin atas tiga pertuduhan membunuh selepas menghidangkan makan tengah hari yang mengandungi cendawan beracun kepada tetamunya iaitu keluarga mentua, lapor agensi berita Jerman dpa.
Juri mendapati Erin Patterson bersalah atas tiga pertuduhan membunuh dan satu pertuduhan cubaan membunuh selepas dia menghidangkan hidangan Beef Wellington pada Julai 2023, menurut laporan media Australia.
Dia sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berkenaan dan berhujah bahawa insiden itu adalah satu tragedi yang tidak disengajakan.
Patterson didapati bersalah atas pertuduhan membunuh membabitkan kematian bekas ibu bapa mentuanya, Don dan Gail Patterson, serta adik Gail, Heather Wilkinson, yang merupakan ibu saudara kepada suami Patterson. Ketiga-tiga mereka meninggal dunia di hospital beberapa hari selepas menikmati hidangan tersebut.
Dia turut didapati bersalah atas pertuduhan cubaan membunuh terhadap Ian, suami kepada Heather, yang dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal tetapi berjaya diselamatkan.
Sepanjang tempoh dua bulan, juri mendengar keterangan lebih 50 saksi termasuk ahli keluarga Patterson dan Wilkinson, pakar perubatan, pakar kulat dan Erin Patterson sendiri.
Patterson, yang ditahan pada November 2023, akan terus ditahan sementara menunggu tarikh hukuman dan berdepan kemungkinan dipenjara selama beberapa dekad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#erijn patterson
#wanjita australia
#hidang makanan beracun
#cendawan beracun
#keluarga mentua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan