DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 9 Julai 2025.
1. ASEAN mesti kekal prinsip perjuang keadilan, suara warga tertindas - PM Anwar
Ujar Anwar, ASEAN mesti kekal sebagai wahana berprinsip yang memperjuangkan keadilan, undang-undang antarabangsa dan suara warga tertindas.
2. 2 lagi mayat dipercayai mangsa tragedi feri Bali dijumpai
Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) gabungan menemukan dua mayat yang dipercayai mangsa feri KMP Tunu Pratama Jaya yang karam di Pantai Pebuahan, Kabupaten Jembrana, Wilayah Bali pada pagi Rabu.
3. Kanak-kanak antara 26 warga Palestin terkorban dalam serangan udara Israel di Gaza
Sekurang-kurangnya 26 lagi warga Palestin, termasuk kanak-kanak terkorban pada Rabu ketika tentera Israel meningkatkan serangan udara di Semenanjung Gaza yang dilanda perang.
4. Perjanjian TAC: Penyertaan Uruguay, Algeria lebarkan hubungan ASEAN dengan Amerika Latin dan Afrika
Menteri Luar berkata, sejak pengenalan TAC pada 1976, ia merupakan asas penting untuk hubungan antara negara yang aman di rantau ini.
5. Macron desak pengiktirafan Palestin sebagai "satu-satunya jalan ke arah keamanan"
Presiden Perancis Emmanuel Macron mendesak pengiktirafan kenegaraan Palestin dalam ucapannya di Parlimen United Kingdom.
6. Jet pejuang tentera India terhempas di Rajasthan, juruterbang terkorban
Ini merupakan insiden ketiga melibatkan pesawat Jaguar pada tahun 2025, menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan armada lama yang telah berkhidmat sejak lewat 1970-an.
7. Sheikh Hasina didakwa arah tembak penunjuk perasaan dalam rakaman audio tertiris
Rakaman panggilan telefon bertarikh 18 Julai 2024 itu telah disahkan oleh unit penyiasatan BBC dan firma forensik audio Earshot, yang mendapati tiada manipulasi atau suntingan dalam rakaman tersebut.
8. Trump tegaskan tarikh akhir tarif 1 Ogos, 'tiada lagi penangguhan'
Trump menegaskan bahawa beliau akan berpegang kepada tarikh akhir 1 Ogos bagi pelaksanaan tarif baharu.
9. Mahkamah Agung AS benarkan Trump teruskan pemberhentian tenaga kerja persekutuan
Pelan pengurangan tenaga kerja dan penyusunan semula agensi kerajaan disokong oleh memorandum yang menyifatkan kerajaan persekutuan sebagai tidak cekap dan mahal.
4 jam lalu
10. Malaysia komited pastikan Timor Leste sertai ASEAN Oktober ini - Mohamad
Usaha sedang dipergiat bagi mempercepatkan proses dokumentasi tersebut bagi membolehkan keanggotaan rasmi Timor Leste dimuktamadkan.