MALAYSIA
Malaysia komited pastikan Timor Leste sertai ASEAN Oktober ini - Mohamad

Mohamad berkata ASEAN secara jelasnya bersetuju terhadap penerimaan Timor Leste sebagai anggota penuh ASEAN, namun ada satu atau dua perkara perlu dipenuhi negara itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia menegaskan komitmennya untuk memastikan proses dokumentasi berhubung kemasukan Timor Leste sebagai anggota penuh ASEAN dapat diselesaikan sebelum Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, Oktober ini.
Ringkasan AI
- Malaysia komited mempercepat dokumentasi bagi membolehkan Timor Leste menjadi anggota penuh ASEAN semasa Sidang Kemuncak ke-47 pada Oktober ini.
- Proses dokumentasi melibatkan kluster ekonomi sedang dikaji untuk dipermudahkan, dengan cadangan agar Timor Leste diberi kelonggaran dan masa susulan untuk memenuhi syarat keanggotaan.
- Timor Leste telah diterima secara prinsip sebagai anggota ke-11 ASEAN sejak 2022 dan kini menunggu pemuktamadan rasmi keanggotaan penuh.
“Kita mahu pastikan segala proses dapat dilaksanakan sebelum summit ASEAN tahun ini,” katanya.
Menerusi Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 pada Mei, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Timor Leste akan diterima sebagai anggota penuh blok itu pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
Katanya, ASEAN secara jelasnya bersetuju terhadap penerimaan Timor Leste sebagai anggota penuh ASEAN, namun ada satu atau dua perkara perlu dipenuhi negara itu.
Timor-Leste menjadi negara demokrasi terbaharu di Asia selepas diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2002 dengan jumlah penduduk seramai 1.4 juta orang.
Pada 2022, Timor Leste diterima secara prinsip sebagai anggota ke-11 ASEAN dan diberikan status pemerhati.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami