DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 23 Julai 2025.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan satu perjanjian perdagangan yang disifatkan sebagai “terbesar pernah dibuat” dengan Jepun, melibatkan pelaburan bernilai AS$550 bilion ke dalam ekonomi AS dan pengenaan tarif timbal balas sebanyak 15 peratus ke atas barangan Jepun.
Lebih 100 organisasi bantuan dan hak asasi manusia menyeru tindakan segera daripada kerajaan-kerajaan dunia ketika kebuluran semakin meruncing di Gaza, dengan ribuan rakyat Palestin kini berdepan pilihan tragis iaitu kelaparan atau ditembak ketika mencari makanan.
Syarikat penerbangan Air India berdepan dua insiden berasingan dalam tempoh 24 jam melibatkan pesawat penumpang mereka.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah susulan insiden jet pejuang tentera Bangladesh terhempas ke sebuah sekolah di Dhaka, semalam yang mengorbankan sekurang-kurangnya 31 nyawa.
Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin bersama Persatuan Tahanan Palestin (PPS) memaklumkan bahawa jumlah tahanan pentadbiran, termasuk wanita dan kanak-kanak Palestin di penjara Israel melebihi 3,600 orang setakat awal Julai, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Bintang K-pop terkenal, G-Dragon dilantik sebagai Duta Kehormat bagi Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang akan berlangsung di Gyeongju pada Oktober ini, umum Perdana Menteri Korea Selatan, Kim Min-seok.
Iran bersedia untuk menghadapi sebarang bentuk serangan ketenteraan baharu daripada Israel, tegas Presiden Iran, Masoud Pezeshkian.
Wilayah Hokkaido di utara Jepun mencatatkan suhu luar biasa tinggi pada Rabu, dengan lapan bandar dan sebuah bandar raya merekodkan suhu tertinggi sejak data rasmi mula dikumpul pada 1977.
Pejabat Media Kerajaan Gaza mengesahkan dua lagi wartawan Palestin terbunuh dalam serangan Israel.
Dua tokoh terkenal Perancis, Menteri Budaya Rachida Dati dan bekas Ketua Eksekutif Renault-Nissan Carlos Ghosn, telah diarahkan oleh hakim untuk dibicarakan atas tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, menurut sumber kehakiman rasmi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami