DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita antarabangsa yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 7 Ogos 2025.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 7 Ogos 2025.
1. Menteri Pertahanan Ghana antara lapan maut dalam nahas helikopter tentera
Menteri Pertahanan Ghana, Edward Omane Boamah dan tujuh lagi individu terkorban dalam nahas helikopter tentera pada Rabu, sekali gus disifatkan kerajaan sebagai satu tragedi besar buat negara.
2. Israel larang Mufti Besar Baitulmaqdis masuk Masjid Al-Aqsa
Pihak berkuasa Israel pada Rabu bertindak melanjutkan larangan masuk ke Masjid Al-Aqsa terhadap Mufti Besar Baitulmaqdis dan Wilayah Palestin, Sheikh Mohammed Hussein, susulan khutbah beliau yang mengkritik dasar Israel di Gaza.
3. AS ancam tarif 50 peratus ke atas India kerana beli minyak dari Rusia - Trump
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menandatangani satu perintah eksekutif bagi mengenakan tambahan tarif sebanyak 25 peratus ke atas barangan import dari India sebagai tindak balas terhadap pembelian minyak negara itu daripada Rusia.
4. Trump dijangka bertemu Putin seawal minggu depan – Laporan
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijangka mengadakan pertemuan secara bersemuka dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin seawal minggu depan, lapor The New York Times pada Rabu, memetik dua individu yang mempunyai pengetahuan langsung mengenai perkara itu.
5. Pelakon The Walking Dead, Kelley Mack meninggal dunia pada usia 33 tahun
Pelakon siri popular, The Walking Dead, Kelley Mack disahkan meninggal dunia pada usia 33 tahun akibat penyakit kanser.
6. Trump umum AS akan kenakan tarif 100% ke atas import cip semikonduktor
Amerika Syarikat (AS) akan mengenakan tarif sekitar 100% ke atas cip semikonduktor yang diimport dari negara yang tidak menghasilkan cip di AS atau tidak merancang untuk berbuat demikian, kata Presiden Donald Trump.
7. Bendera 'One Piece' ekspresi kreatif, namun jangan gugat Merah Putih - Prabowo
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, tidak menganggap pengibaran bendera "One Piece" sebagai ancaman, sebaliknya melihatnya sebagai ekspresi kreatif rakyat.
8. Letusan gunung berapi cetus amaran penerbangan tahap tertinggi di Rusia
Pihak berkuasa Rusia telah menaikkan tahap amaran penerbangan bagi Gunung Berapi Klyuchevskoy di Semenanjung Kamchatka daripada jingga kepada merah berikutan peningkatan mendadak aktiviti letusan, menurut laporan Institut Vulkanologi dan Seismologi Rusia pada Khamis.
9. 98 lagi terbunuh dalam serangan Israel, korban kebuluran cecah 197 termasuk 96 kanak-kanak
Sekurang-kurangnya 98 rakyat Palestin terbunuh dan 603 cedera dalam serangan udara Israel di Gaza dalam tempoh 24 jam, termasuk 51 pencari bantuan dan 4 kematian akibat kebuluran.
10. Kremlin sahkan persiapan sidang kemuncak Trump-Putin sedang berjalan
Kremlin pada Khamis mengesahkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin akan mengadakan pertemuan, dan persiapan bagi sidang kemuncak itu sedang dijalankan dalam beberapa hari akan datang.