DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 18 Ogos 2025.
Thailand berjaya membersihkan lebih 99 peratus periuk api di kawasan sempadannya dengan Kemboja.
Kerajaan Australia membatalkan visa seorang ahli politik Israel berhaluan kanan, Simcha Rothman yang menyokong rancangan untuk pemindahan paksa rakyat Palestin dari Gaza dan menggelar kanak-kanak Palestin sebagai "musuh" Israel.
Pihak berkuasa Singapura mempertingkatkan penguatkuasaan larangan rokok elektronik dalam rangkaian pengangkutan awam, dengan kakitangan stesen kini giat melakukan rondaan, menurut Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat.
Wartawan dan petugas media Afrika Selatan mengadakan perarakan di Sea Point, Cape Town pada Ahad, menuntut perlindungan terhadap wartawan Palestin di Gaza serta menyatakan solidariti dengan rakan-rakan mereka yang terkorban.
Volodymyr Zelensky mengumumkan bahawa beliau telah tiba di Washington bagi menghadiri pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Presiden Lee Jae-myung pada Isnin menyeru supaya langkah-langkah perlu diambil di mana sesuai bagi melaksanakan perjanjian antara-Korea sedia ada, beberapa hari selepas beliau menegaskan semula ikrarnya untuk memulihkan hubungan dan keyakinan dengan Korea Utara, termasuk menghidupkan semula Perjanjian Ketenteraan 19 September 2018.
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, telah dikenakan denda sebanyak AUD$90 juta (kira-kira RM247 juta) oleh Mahkamah Persekutuan selepas didapati bersalah memecat lebih 1,800 kakitangan darat secara haram pada tahun 2020.
Mesir menegaskan pendirian tegasnya menolak sebarang usaha penempatan semula rakyat Palestin dan menggesa negara-negara lain agar tidak terlibat dalam jenayah keji itu.
Sekurang-kurangnya 11 orang cedera selepas Rusia melancarkan serangan peluru berpandu balistik ke kawasan kediaman di bandar Kharkiv pada Ahad malam, menurut pihak berkuasa Ukraine.
Air Canada menangguhkan rancangan untuk menyambung semula operasi penerbangan selepas kesatuan yang mewakili lebih 10,000 pramugari menolak arahan kerajaan untuk kembali bekerja, mencetuskan gangguan besar kepada lebih 130,000 penumpang setiap hari.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami