DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 September 2025.
KUALA LUMPUR: Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 September 2025.
1. Israel serang Gaza: "Amerika Syarikat tiada kredibiliti sebagai perantara" – Hamas
Pengalaman Hamas berurusan dengan pentadbiran Donald Trump sesuatu yang "pahit," tegas pegawai kanannya, Ghazi Hamad.
2. Singgung kematian Charlie Kirk, ABC henti tayang program "Jimmy Kimmel Live"
ABC hentikan tayangan Jimmy Kimmel Live selepas hos rancangan itu, Jimmy Kimmel, mengeluarkan kenyataan berhubung pembunuhan Charlie Kirk yang mengundang kritikan.
3. Arab Saudi tandatangani pakatan pertahanan bersama Pakistan
Perjanjian ini memberi penekanan sebarang serangan terhadap salah sebuah negara akan dianggap sebagai serangan ke atas kedua-duanya.
4. The Fed turun kadar faedah, isyarat dua lagi pemotongan tahun ini
Dua lagi pemotongan kadar dijangka dibuat tahun ini berikutan kebimbangan terhadap kelemahan pasaran pekerjaan dan peningkatan kadar pengangguran.
5. Israel bunuh 19 rakyat Palestin berhampiran hospital terakhir yang berfungsi di Gaza
Serangan peluru berpandu yang menyasarkan kawasan sekitar hospital-hospital itu sekali gus melumpuhkan antara talian hayat terakhir buat ribuan penduduk yang sedang sakit, cedera dan kebuluran.
6. Konflik sempadan: Polis Thailand lepas gas pemedih mata ke arah rakyat Kemboja
Polis Thailand melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah ke arah orang awam Kemboja di kawasan sempadan yang dipertikaikan.
7. Sepanyol benarkan siasatan terhadap jenayah Israel di Gaza
Hasil siasatan akan disampaikan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
8. Iran, kuasa Eropah bincang rundingan nuklear Tehran
Iran dan tiga kuasa Eropah iaitu Perancis, Britain dan Jerman mengadakan rundingan pada Rabu mengenai program nuklear Tehran serta isu penghapusan sekatan yang disifatkan Iran sebagai "kejam".
9. Ribuan berarak di London bantah lawatan Trump ke Britain
Penunjuk perasaan membawa sepanduk mengkritik dasar AS mengenai imigresen, Gaza dan perubahan iklim.
10. Bekas Presiden Brazil, Jair Bolsonaro dikesan hidap kanser kulit
Lesi di kulit yang ditemukan pada tubuh Bolsonaro menunjukkan kewujudan "karsinoma sel skuamus."