awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sepanyol benarkan siasatan terhadap jenayah Israel di Gaza

Bernama
Bernama
18/09/2025
10:00 MYT
Sepanyol benarkan siasatan terhadap jenayah Israel di Gaza
Peguam Negara Sepanyol benarkan siasatan terhadap kemungkinan jenayah Israel di Gaza, dengan hasil siasatan akan diserahkan kepada ICJ dan ICC. -Gambar fail/Reuters
OVIEDO: Peguam Negara Sepanyol telah membenarkan siasatan ke atas kemungkinan jenayah yang dilakukan Israel di Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan pada Khamis.

Ringkasan AI
  • Peguam Negara Sepanyol benarkan siasatan terhadap kemungkinan jenayah Israel di Gaza, dengan hasil siasatan akan diserahkan kepada ICJ dan ICC.
  • Siasatan berdasarkan bukti awal yang dikumpul polis Sepanyol menunjukkan pelanggaran serius undang-undang hak asasi dan kemanusiaan antarabangsa.
  • Sepanyol bertindak atas obligasi Konvensyen Genosid dan undang-undang negara yang membenarkan pendakwaan jenayah antarabangsa jika suspek berada di Sepanyol.

Menurut dekri yang pertama kali didedahkan oleh penyiar Cadena SER, siasatan itu akan meneliti sama ada tindakan Israel di Gaza merupakan pelanggaran serius undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Hasil siasatan akan disampaikan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Sebelum membuka siasatan, polis Sepanyol telah mengumpul keterangan dan bukti lain. Penyiasat berkata bahan yang diperoleh menunjukkan terdapat pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Dekri itu menekankan kepentingan mengumpul bukti di Sepanyol, dengan menyatakan ia boleh menyokong kerjasama antarabangsa "supaya pada masa depan ia dapat digunakan dengan sewajarnya sebagai bukti yang memberatkan jenayah yang dilakukan."
Pejabat Peguam Negara juga merujuk kepada obligasi Sepanyol di bawah Konvensyen Genosid serta penyertaannya dalam kes genosid yang dibawa Afrika Selatan terhadap Israel di ICJ pada Jun 2024.
Menurut laporan itu, undang-undang Sepanyol membenarkan mahkamah mendengar kes genosid dan jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan di luar negara sekiranya suspek adalah warganegara Sepanyol, penduduk tetap di Sepanyol, atau warga asing yang berada di Sepanyol yang ekstradisinya telah ditolak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Peguam Negara Sepanyol
#ICJ dan ICC
#pelanggaran serius
#undang-undang hak asasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami