DUNIA
Singgung kematian Charlie Kirk, ABC henti tayang program "Jimmy Kimmel Live"

Hos rancangan malam Jimmy Kimmy Live berdepan kritikan susulan kenyataan beliau mengenai kematian aktivis politik Charlie Kirk, yang turut mengundang rancangan beliau ditamatkan sepenuhnya oleh syarikat televisyen ABC.
NEW YORK: Stesen televisyen ABC yang dimiliki Walt Disney mengumumkan akan menghentikan tayangan program, Jimmy Kimmel Live, tanpa menyatakan tarikh ditamatkan.
Ringkasan AI
- ABC hentikan tayangan Jimmy Kimmel Live tanpa tarikh ditetapkan. Kritikan tercetus susulan kenyataan Kimmel mengenai pembunuhan Charlie Kirk. FCC dan Nexstar Media antara pihak yang mendesak penamatan siaran.
Menurut Presiden Bahagian Penyiaran Nexstar, Andrew Alford: “Kenyataan Kimmel mengenai kematian Charlie Kirk adalah sangat menyinggung perasaan dan tidak sensitif pada ketika wacana politik negara berada dalam situasi kritikal.”
Sementara itu, wakil Kimmel tidak memberikan sebarang maklum balas segera terhadap kenyataan kontroversi tersebut.
Pengumuman mengejut itu dibuat pada Rabu malam selepas sekurang-kurangnya satu pengendali utama saluran gabungan ABC mengesahkan tidak akan menyiarkan rancangan itu “buat masa terdekat”.
Untuk rekod, Jimmy Kimmel pernah menjadi sasaran kecaman berulang Presiden Donald Trump.
Malah, selepas CBS mengumumkan pembatalan rancangan Stephen Colbert sebelum ini yang disambut baik oleh Carr, Trump menyindir dengan berkata: “Selepas ini, yang akan tumbang pula adalah Jimmy Kimmel, seorang yang kurang berbakat.”
Selain itu, Pusat Hak Amerika yang sebelum ini beberapa kali memfailkan aduan berat sebelah terhadap NBC, ABC dan CBS, turut mengambil tindakan sama pada Rabu dengan mengemukakan aduan rasmi kepada FCC.
Pertubuhan itu menegaskan bahawa: “Tidak boleh dijadikan alasan untuk mengatakan Kimmel hanya berjenaka atau melakukan jenaka komedi dalam program malam Kimmel, ia bukannya laporan berita tradisional.”
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami