[TERKINI] 9 Aktivis Malaysia Ditahan Israel Kini Bebas – Tiba di Istanbul Malam Ini, Ikuti Laporan Langsung
DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 09/10/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita antarabangsa yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 Oktober 2025.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 Oktober 2025.


1. Trump umum Israel, Hamas sepakat fasa pertama pelan damai Gaza

Trump menegaskan bahawa rundingan lanjut akan diteruskan bagi memuktamadkan pelan penuh.



2. Gaza akan dibina semula selepas fasa pertama perjanjian gencatan senjata - Trump

Trump berkata rantau itu akan menjadi -dunia yang berbeza- dengan kekayaan dari negara-negara jiran.


3. Hamas serah senarai tahanan Palestin untuk pertukaran tebusan dengan Israel

Senarai tersebut diserahkan kepada perantara antarabangsa berdasarkan kriteria dan jumlah yang telah dipersetujui dalam fasa pertama.


4. Hamas desak AS dan negara Arab paksa Israel laksana perjanjian Gaza
Hamas menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan Israel cuba mengubah atau menangguhkan pelaksanaan terma-terma utama.


5. Israel umum tempoh 72 jam untuk Hamas bebaskan tebusan selepas mesyuarat Kabinet
Leiter menegaskan bahawa harapan Israel adalah agar gencatan senjata ini membawa kepada pengakhiran perang secara menyeluruh.


6. Lebih 54,600 kanak-kanak derita kekurangan zat makanan akut di Gaza

Lebih 54,600 kanak-kanak di Gaza dilaporkan menderita kekurangan zat makanan akut, menurut anggaran kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diterbitkan pada Rabu.


7. Rakyat Palestin raikan perjanjian Gaza di jalanan Khan Younis

Suasana penuh emosi menyelubungi bandar itu apabila penduduk menyalakan suar, menari, menyanyi dan melaungkan slogan perpaduan.


8. Misi FFC: Kesemua aktivis Malaysia selamat, dipindahkan ke Penjara Ketziot - MyCARE

Kesemua sembilan kapal yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition bersama Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG) telah ditunda ke Pelabuhan Ashdod.


9. Misi FFC: Delegasi Malaysia dinasihat tandatangan borang 'permohonan pelepasan segera' - MyCARE

MyCARE menjangkakan kesemua aktivis Malaysia yang ditahan Israel akan dibebaskan dalam tempoh 72 jam selepas borang ditandatangani.


10. Macron akan umum perdana menteri baharu Perancis dalam tempoh 48 jam

Macron telah menerima laporan akhir daripada Lecornu selepas rundingan intensif selama dua hari dengan parti-parti politik utama.



#berita pilihan #antarabangsa #gencatan senjata #Gaza