awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belia perlu kekal aktif rohani dan jasmani - Dr Mohammed Taufiq
Perry Bamonte, ahli The Cure, meninggal dunia pada usia 65 tahun
21 tahun Tsunami: Musibah menjadi berkah perdamaian kekal di Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Isnin

Astro Awani
Astro Awani
22/02/2021
15:58 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang Isnin
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Februari 2021.
1) COVID-19: Palestin terima vaksin tambahan sumbangan UAE
Palestin terima penghantaran tambahan vaksin COVID-19 pada Ahad. Vaksin disumbangkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu dibawa menerusi pintu sempadan Palestin di Mesir.
2) Gaza mulakan suntikan vaksin COVID-19
Mereka yang menerima suntikan vaksin terawal ialah bekas-bekas menteri kesihatan dan beberapa kakitangan perubatan.
3) Tampil dengan jadual teliti, ini lima cara Chile jadi juara vaksinasi COVID-19
Berikut lima langkah yang diambil kerajaan Chile sehingga dapat mengubah situasi pandemik COVID-19 di negara itu dengan begitu drastik.
4) Rusia kesan kes pertama selesema burung daripada haiwan kepada manusia
Para saintis dari institut vektor yang dikendalikan kerajaan mengasingkan bahan genetik virus H5N8 dari tujuh pekerja di sebuah ladang ternakan di selatan Rusia.
5) Jaguar menjadi jenama kereta elektrik sepenuhnya menjelang 2025
Pengeluar kereta British, Jaguar Land Rover akan menjalani penjenamaan semua dengan menukarkan kesemua model selepas ini kepada kereta elektrik bermula 2025.
6) Rakyat Myanmar berkabung, tangisi pemergian penunjuk perasaan yang terkorban
Di ibu kota Myanmar, orang ramai menghadiri pengebumian seorang wanita muda yang terbunuh dalam tunjuk perasaan menentang rampasan kuasa tentera.
7) Gunung Etna meletus empat kali dalam tempoh 4 hari
Institut Geofizik Dan Vulkanologi Nasional melaporkan, lava dilihat mengalir dari kawah tenggara akibat letusan itu.
8) Iran benarkan penyiasat IAEA pantau program nuklear
Republik Iran membenarkan penyiasat Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) akses untuk memantau program nuklearnya sehingga tiga bulan.
9) Jet pejuang Angkatan Tentera AS terhempas, 2 maut
Dua juruterbang maut selepas jet pejuang tentera terhempas berdekatan sebuah lapangan terbang di Alabama, kata Angkatan Tentera Udara Amerika Syarikat dalam satu kenyataan pada Isnin.
10) Tertelan kasut pengunjung, seekor buaya terpaksa jalani pembedahan
Seekor buaya terpaksa menjalani pembedahan dua bulan selepas reptilia sepanjang 3 meter itu tertelan kasut seorang pengunjung Taman Zoologi Buaya St. Augustine di Florida, Amerika Syarikat.
Topic Berkaitan
#Rusia
#Amerika Syarikat
#Gaza
#Penunjuk perasaan
#pandemik
#vaksin
#perubatan
#virus
#COVID-19
#kesihatan
#kerajaan
#maut
#terhempas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan