awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita Terkini ASEAN25: Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong hadir

Bernama
Bernama
25/10/2025
11:15 MYT
Berita Terkini ASEAN25: Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong hadir
Wong, yang juga Menteri Kewangan, akan diiringi isterinya Loo Tze Lui serta Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan. - Gambar fail
SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan selama tiga hari di Kuala Lumpur bermula Ahad, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Wong, yang juga Menteri Kewangan, akan diiringi isterinya Loo Tze Lui serta Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan.
"Para pemimpin ASEAN akan mengulangi komitmen terhadap usaha pembinaan Komuniti ASEAN dan membincangkan cara untuk memupuk seni bina serantau yang terbuka, inklusif dan stabil.
"Mereka juga akan membincangkan pengukuhan integrasi ekonomi ASEAN dengan meningkatkan perdagangan intra-ASEAN serta memanfaatkan bidang baharu dalam ekonomi digital dan hijau," menurut kenyataan PMO.
PMO berkata tema kepengerusian Malaysia, "Keterangkuman dan Kemampanan," menggambarkan usaha rantau ini untuk membina ASEAN yang berpandangan ke hadapan, padu dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran geopolitik serta geoekonomi.
Pada sidang kemuncak itu, Wong dijadual bertemu pemimpin rakan utama termasuk Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Korea Selatan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Amerika Syarikat.
Beliau juga akan akan mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) ke-5 yang bertujuan mengukuhkan peranan RCEP dalam mempertingkat perdagangan serta integrasi ekonomi serantau di tengah-tengah cabaran global.
Menurut PMO, semasa ketiadaan Wong, Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong bertugas sebagai Pemangku Perdana Menteri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN Summit 2025
#negara asean
#PM Singapura
#Lawrence Wong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan