Berita Terkini ASEAN25: Suara ASEAN perlu jelas untuk kemakmuran jangka panjang - Mohamad

Mohamad berkata ASEAN perlu terus memperkukuh hubungan dengan rakan tradisional, sambil memperluas dan mempelbagaikan kerjasama ekonomi dengan rakan baharu bagi meningkatkan daya tahan dan daya saing rantau ini. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: ASEAN sebagai blok ekonomi kelima terbesar dunia tidak boleh memainkan peranan dalam keadaan samar-samar, sebaliknya perlu bersuara dengan jelas dan bersatu.
Ringkasan AI
- Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan ASEAN sebagai blok ekonomi kelima terbesar dunia perlu bersuara dengan jelas dan bersatu, memperjuangkan keterbukaan, berkecuali dan kemakmuran jangka panjang rantau ini berdasarkan undang-undang antarabangsa.
- Beliau berkata aspirasi tersebut digariskan dalam -ASEAN Vision 2045- yang menekankan tatanan serantau terbuka dan inklusif, serta menggalakkan dialog dan pembinaan kepercayaan agar ASEAN kekal sebagai platform kerjasama antara semua rakan kongsi.
- Mohamad turut menyatakan bahawa perdagangan dan pelaburan kini berkait rapat dengan geopolitik, dan ASEAN perlu menjadikan kebergantungan ekonomi sebagai jambatan kerjasama, bukan alat paksaan, dengan memperkukuh hubungan rakan tradisional dan mempelbagaikan kerjasama ekonomi.
Mohamad berkata aspirasi tersebut digariskan secara jelas dalam “ASEAN Vision 2045”, iaitu pelan hala tuju masa depan yang mencerminkan keseimbangan strategik dan menggalakkan dialog serta pembinaan kepercayaan agar rantau ini kekal sebagai platform kerjasama antara semua rakan kongsi.
Beliau turut menekankan bahawa perdagangan dan pelaburan kini tidak lagi terasing daripada pergolakan geopolitik, dan kebergantungan ekonomi boleh menjadi sumber kepada kerentanan mahupun kestabilan.
“Tugas kita adalah memastikan kebergantungan ini menjadi jambatan kepada kerjasama, bukan alat paksaan,” katanya.
Dalam konteks itu, Mohamad berkata ASEAN perlu terus memperkukuh hubungan dengan rakan tradisional, sambil memperluas dan mempelbagaikan kerjasama ekonomi dengan rakan baharu bagi meningkatkan daya tahan dan daya saing rantau ini.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dijadual berlangsung mulai esok hingga 28 Oktober.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

