Berita Terkini ASEAN25: Thailand tegaskan 4 pendekatan tangani situasi Myanmar - Jurucakap

Nikorndej berkata, pendekatan pertama adalah menyediakan bantuan kemanusiaan sebagai langkah bijak ke arah perbincangan inklusif dan keamanan yang berterusan di Myanmar.
KUALA LUMPUR: Thailand menegaskan empat pendekatan utama dalam menangani situasi semasa di Myanmar.
Ringkasan AI
- Thailand menegaskan empat pendekatan utama dalam menangani situasi semasa di Myanmar, bermula dengan penyediaan bantuan kemanusiaan sebagai langkah ke arah dialog inklusif dan keamanan berterusan, menurut jurucakap Kementerian Luar, Nikorndej Balankura.
- Pendekatan kedua ialah menggalakkan perbincangan inklusif antara semua kumpulan bagi memastikan pilihan raya Myanmar pada Disember 2025 berlangsung secara bebas dan telus. Thailand juga mempromosikan penglibatan konstruktif antara pihak berkepentingan, negara serantau dan rakan antarabangsa.
- Pendekatan terakhir ialah memperkukuh keberkesanan mekanisme ASEAN dalam menangani isu Myanmar, termasuk melalui misi khas. Thailand komited menyokong peranan ASEAN sebagai platform utama penyelesaian damai.
“Pendekatan kedua adalah menggalakkan perbincangan inklusif antara semua kumpulan bagi memastikan pilihan raya umum Myanmar yang dijadualkan pada Disember 2025 berlangsung secara bebas, adil dan telus,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Seterusnya, Thailand turut mempromosikan penglibatan konstruktif antara pihak berkepentingan di Myanmar, negara serantau dan rakan antarabangsa.
“Perbincangan yang melangkaui isu pilihan raya juga penting kerana ia merupakan elemen utama dalam proses keamanan yang mampan,” tambahnya.
Sementara itu, pendekatan terakhir adalah memperkukuh keberkesanan mekanisme ASEAN dalam menangani isu Myanmar, termasuk melalui misi khas yang telah dilaksanakan sebelum ini.
“Thailand komited menyokong peranan ASEAN sebagai platform utama dalam mencari penyelesaian damai,” ujar beliau.
Sebelum ini, Thailand terus menggesa pihak berkuasa Myanmar memastikan pilihan raya umum yang dirancang diadakan pada akhir tahun ini dijalankan secara inklusif, membabitkan semua pihak berkepentingan dan rakyat negara itu.
Pihak berkuasa Myanmar telah mengumumkan pilihan raya akan diadakan pada 28 Disember ini meskipun terdapat gesaan agar usaha yang memfokus kepada keamanan dan kestabilan negara diberikan keutamaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


