BUKAN sahaja manusia yang tidak dapat menahan gelombang panas yang melanda Australia susulan kebakaran hutan yang semakin merebak di negara itu.
Malah haiwan juga terpaksa berdepan tekanan untuk kekal hidrat sepanjang menghadapi gelombang panas.
Jika sebelum ini media antarabangsa yang melaporkan ribuan beruang koala mati dalam kebakaran hutan dan hilang akibat kehilangan tempat tinggal.
Terbaharu, tular di media sosial seekor koala terpaksa mengejar manusia untuk mendapatkan air kerana kehausan.
Menerusi perkongsian di Instagram, Anna Heusler yang sedang berbasikal bersama rakan-rakannya di Adelaide pada Jumaat 'disapa' haiwan itu.
BACA: Penghujung 2019: Alaska mencair, suhu meningkat, burung mati, ikan menghilang
Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-rata turut bersimpati dengan keadaan haiwan itu yang terpaksa berdepan cuaca mencecah 40 darjah celcius.
BACA: Ratusan beruang koala mati dalam kebakaran hutan di Australia
BACA: Koala diselamatkan wanita dalam kebakaran, akhirnya terpaksa disuntik mati
BACA: Lebih 1,000 mati, habitat musnah... beruang koala di ambang kepupusan
Ketika ini, sejumlah 5 juta hektar direkodkan terbakar di seluruh Australia sejak beberapa bulan lalu.
Kejadian ini turut menyebabkan sembilan maut manakala lebih 950 kediaman musnah dijilat api.
Kawasan yang paling teruk terjejas adalah New South Wales apabila merekodkan 850 kediaman terbakar.
Nursyazwani Saiful Sham
Sat Dec 28 2019
Menerusi perkongsian di Instagram, Anna Heusler yang sedang berbasikal bersama rakan-rakannya di Adelaide pada Jumaat 'disapa' haiwan itu. Foto: Instagram/@bikebug2019
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Beruang koala kehausan kejar penunggang basikal demi sedikit air
Terbaharu, tular di media sosial seekor koala terpaksa mengejar manusia untuk mendapatkan air kerana kehausan.