awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biden jangka Iran tidak akan berlengah untuk serang Israel

Bernama
Bernama
13/04/2024
06:00 MYT
Biden jangka Iran tidak akan berlengah untuk serang Israel
BIDEN: Kami komited untuk mempertahankan Israel. Kami akan menyokong Israel. Kami akan membantu mempertahankan Israel dan Iran tidak akan berjaya. -Gambar fail/AP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata pada Jumaat beliau menjangkakan Iran tidak akan berlengah untuk melakukan serangan ke atas Israel.
Biden berkata beliau tidak mahu memberi penjelasan lanjut terhadap maklumat risikan sulit diperoleh Washington mengenai rancangan Tehran, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Kami komited untuk mempertahankan Israel. Kami akan menyokong Israel. Kami akan membantu mempertahankan Israel dan Iran tidak akan berjaya," katanya.
Apabila ditanya wartawan apakah mesej beliau kepada Tehran, Biden menjawab: "Jangan".
Memandangkan kemungkinan serangan tindak balas ke atas Israel, AS sebelum ini mengumumkan bahawa ia akan menambah kehadiran tenteranya di Asia Barat.
Ancaman Iran terhadap Israel meningkat berikutan serangan udara ke atas perkarangan Kedutaan Iran di Syria pada 1 April yang membunuh beberapa jeneral tentera.
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#Joe Biden
#Amerika Syarikat
#Israel
#Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan