PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dalam reaksi segera susulan insiden tembakan terhadap bekas presiden Donald Trump mendesak agar keganasan politik ditamatkan.
Tegas beliau, tiada ruang untuk keganasan di negara itu dan beliau mahu semua pihak mengecam insiden tersebut.
“Saya telah diberi taklimat terperinci oleh semua agensi dalam kerajaan persekutuan mengenai situasi ini berdasarkan apa yang kita ketahui sekarang.
"Saya telah cuba menghubungi Trump. Dia bersama pasukan perubatannya ketika ini. Nampaknya, dia berada dalam keadaan baik. Saya merancang untuk bercakap dengannya sebentar lagi.
"Tiada tempat di AS untuk kekerasan seperti ini. Ia sesuatu yang tidak sihat. Inilah salah satu sebab mengapa kita perlu menyatukan negara ini.
"Kita tidak boleh membiarkan hal ini berlaku. Kita tidak boleh menjadi seperti ini. Kita tidak boleh merestui kejadian ini," katanya.
Biden juga mengucapkan terima kasih kepada Perkhidmatan Rahsia AS dan semua agensi terlibat yang berjaya memastikan keselamatan orang ramai terjamin.
"Kami akan berkongsi butiran lanjut selepas ini,” katanya pada satu sidang media susulan insiden tembakan tersebut.
Jelasnya, perhimpunan Trump adalah perhimpunan yang sepatutnya boleh berlangsung dengan aman, tanpa sebarang masalah.
Namun, katanya, kemungkinan bahawa terdapat keganasan politik di AS, tidak pernah didengarinya dan tidak sepatutnya berlaku.
Pada masa sama, Bidan berkata, pihaknya sedang menyiasat secara menyeluruh apa yang berlaku, termasuk dalam kalangan mereka yang menghadiri kempen tersebut.
“Kami mempunyai beberapa laporan tetapi bukan laporan akhir. Dan saya akan kembali untuk bercakap dengan setiap agensi persekutuan yang terlibat.
"Mereka akan memberi saya taklimat terkini jika ada apa-apa berlaku atau jika mereka memperoleh sebarang maklumat dalam masa beberapa jam yang lepas," tambahnya.
Biden berkata beliau akan mengadakan sidang media semula jika beliau dapat berhubung dengan Trump dan sekiranya ada fakta baru yang boleh dikongsi.
Terdahulu, Trump dilaporkan ditembak ketika hadir pada perhimpunan kempen calon Pilihan Raya Presiden AS di Pennsylvania pada Sabtu waktu tempatan.
Susulan itu, bekas presiden AS itu dilihat berdarah di telinganya sebelum pegawai penguat kuasa undang-undang bersenjata meluru ke arahnya dan membawanya pergi.
Astro Awani
Sun Jul 14 2024
Trump dibantu menyelamatkan diri susulan ditembak ketika berada di atas pentas pada satu acara kempen di Butler, Pennsylvania, 13 Julai 2024. (Foto AP)
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump janji usaha 'pengusiran jutaan migran' hari pertama sebagai presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat Donald Trump merancang untuk melancarkan usaha mengusir jutaan pendatang haram dan mengenakan tarif ke atas negara asing.
Ukraine sedia berunding dengan Rusia - Trump
Zelensky dan Ukraine mahu membuat perjanjian [dengan Rusia] dan menghentikan kegilaan ini, kata Presiden Terpilih AS.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik David Sacks ketuai Agensi AI dan Kripto
Donald Trump pada Khamis melantik bekas Ketua Pegawai Operasi PayPal David Sacks mengetuai agensi kecerdasan buatan (AI) dan mata wang kripto negara itu.
Trump lantik bekas Senator David Perdue sebagai Duta AS ke China
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.
Tiada cadangan rasmi negara BRICS kurang bergantung kepada dolar AS - Tengku Zafrul
Tiada cadangan rasmi yang dipersetujui negara anggota BRICS bagi tujuan mengurangkan pergantungan kepada dolar AS setakat ini.
Trump mahu gencatan senjata Gaza dilaksana sebelum mulakan tugas - PM Qatar
Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thanipada Rabu menyatakan bahawa Trump mahu gencatan senjata di Gaza dilaksanakan sebelum majlis pelantikannya.
Tiada cadangan rasmi dipersetujui mengenai 'de-dollarisation' - Tengku Zafrul
Tiada cadangan rasmi telah dipersetujui bagi tujuan de-dollarisation atau pengurangan kebergantungan kepada dolar Amerika Syarikat (AS) yang menjadi mata wang tradisi perdagangan antarabangsa.