awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biden, pemimpin Kongres akan adakan rundingan lanjut isu had hutang - Rumah Putih

Bernama
Bernama
16/05/2023
05:50 MYT
Biden, pemimpin Kongres akan adakan rundingan lanjut isu had hutang - Rumah Putih
Pada 9 Mei lalu, Biden (dua, kanan) mengadakan perbincangan dengan pemimpin Kongres di Rumah Putih, Washington. (Foto AP)
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan pemimpin Kongres akan bertemu pada Selasa untuk rundingan lanjut mengenai kenaikan had hutang, lapor Sputnik, memetik kenyataan Rumah Putih pada Isnin.
Terdahulu, Speaker Kevin McCarthy, dalam satu kenyataan berkata tidak ada kemajuan dalam rundingan sejak Biden dan empat pemimpin Kongres bertemu minggu lalu untuk memperbaharui perbincangan berhubung menaikkan had hutang.
Biden pada Ahad berkata beliau optimis mengenai rundingan untuk menaikkan had hutang, tetapi McCarthy keesokan harinya memaklumkan kepada media bahawa perbincangan tidak berlangsung dengan baik.
Bagaimanapun, Biden dan pemimpin minoriti Senat Mitch McConnell mengeluarkan kenyataan berasingan minggu lalu untuk memberi jaminan kepada rakyat AS bahawa Amerika Syarikat tidak akan gagal membayar hutang negara.
Rumah Putih dan Republikan di Kongres terbabit dalam pertikaian mengenai perjanjian yang akan mengelakkan kegagalan kerajaan membayar hutangnya yang tidak pernah berlaku sebelum ini seawal Jun.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Joe Biden
#Amerika Syarikat
#had hutang
#kongres
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan