AMERIKA Syarikat (AS) dan Rusia akan mengadakan rundingan awal Januari berkaitan isu keselamatan di Eropah serta konflik di Ukraine.

Rundingan ini berlangsung selepas Moscow menuntut Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menghentikan perluasan operasinya di timur Eropah.

Jurucakap Majlis Keselamatan AS mengesahkan rundingan akan berlangsung pada 10 Jan di Geneva, lokasi Presiden Joe Biden dan Presiden Vladimir Putin bertemu buat kali pertama Jun lalu.

Kremlin sebelum ini mendakwa, operasi ketenteraan blok barat dan NATO hampir menyeberang kawasan sempadannya.

Perkembangan ini menyaksikan Moscow mengemukakan tuntutan berkaitan keselamatan, termasuk meminta NATO tidak menambah anggota baharu.

Ia juga cuba menghentikan tindakan Amerika untuk mewujudkan pangkalan tentera baharu di negara bekas Kesatuan Soviet itu.

Wakil Moscow dan NATO dijangka bertemu pada 12 Jan untuk membincangkan isu sama.

Ketegangan AS-Rusia | Biden & Putin runding isu keselamatan