awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bill Gates nikmati durian, nasi ayam dan sate di Singapura

Agensi
Agensi
07/05/2025
05:00 MYT
Bill Gates nikmati durian, nasi ayam dan sate di Singapura
Gates dilihat mencuba durian buat pertama kali - namun ekspresi wajahnya menunjukkan rasa kurang selesa dengan raja buah itu.
SINGAPURA: Newton Food Centre menjadi tumpuan ramai malam tadi (Selasa) apabila bilionair Amerika Syarikat (AS) dan pengasas bersama Microsoft, Bill Gates, dilihat menikmati pelbagai hidangan tempatan termasuk durian, nasi ayam dan sate.
Kehadiran Gates di pusat penjaja ikonik itu mengejutkan para pengunjung, apabila beliau dilihat duduk bersama rombongan kecil dan kru penggambaran - dipercayai bagi rakaman video khas sempena lawatannya ke Singapura.
Dalam beberapa video yang dimuat naik pengguna media sosial, Gates dilihat mencuba durian buat pertama kali - namun ekspresi wajahnya menunjukkan rasa kurang selesa dengan raja buah itu.
Dalam rakaman lain, beliau kelihatan menikmati pelbagai juadah sambil menjalani sesi temu bual ringkas.
Kunjungan Gates ke Singapura adalah bersempena Sidang Kemuncak Filantropi Asia 2025 (Philanthropy Asia Summit 2025), di mana beliau mengumumkan Yayasan Gates akan membuka pejabat baharu di republik tersebut.
Semasa di Singapura, Gates juga sempat bertemu dengan beberapa pemimpin tertinggi negara termasuk Perdana Menteri Lawrence Wong, Presiden Tharman Shanmugaratnam dan Menteri Kanan Lee Hsien Loong. - CNA
Topic Berkaitan
#Bill Gates
#Bill Gates makan durian
#Newton Food Centre
#Philanthropy Asia Summit 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan