awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hakim syarie diseru tingkat inovasi, percepat penyelesaian kes - Raja Muda Perlis
Malique kongsi foto dukung bayi, ubat kerinduan peminat
Pemandu van Siam mengaku tidak salah langgar gadis hingga maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Binatang peliharaan kini dikenakan tambang

Shafizan Johari
Shafizan Johari
24/10/2017
11:04 MYT
Binatang peliharaan kini dikenakan tambang
UberPet diperkenalkan selepas ramai penumpang mengadu sukar untuk mendapatkan pemandu yang membenarkan binatang peliharaan dibawa bersama. - Gambar fail
Uber Singapura mengumumkan mula membenarkan penumpangnya membawa bersama binatang peliharaan menaiki perkhidmatan itu, tetapi dengan tambang tambahan.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini, Uber Singapura memaklumkan menerusi perkhidmatan UberPet, penumpang kini sudah boleh membawa bersama mereka kucing, anjing atau apa-apa sahaja binatang peliharaan mereka dengan bayaran tambahan $2 (anggaran RM6.20).
Pengumuman yang bermula sejak 20 Oktober ini disifatkan sebagai insentif tambahan kepada pemandu Uber di republik berkenaan yang kini berdepan persaingan hebat dengan syarikat perkhidmatan e-hailing lain.
Uber memberitahu perkhidmatan itu diperkenalkan selepas ramai penumpang mengadu sukar untuk mendapatkan pemandu yang membenarkan binatang peliharaan mereka dibawa bersama.
Bagaimanapun penumpang hanya dibenarkan untuk membawa seekor binatang peliharaan bersama mereka pada satu-satu masa.
Selain anjing dan kucing antara binatang yang dikenakan tambang menerusi UberPet ialah arnab, kura-kura, hamster, burung dan ikan.
Topic Berkaitan
#anjing
#binatang peliharaan
#driver
#e-hailing
#fare
#grab
#hamster
#incentives
#insentif
#kucing
#paws
#PET
#Singapura
#tambang
#trip
#Uber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan