BEIJING: Bekas pemain nombor 1 tenis beregu wanita China Peng Shuai membuat pendedahan berhubung dakwaan serangan seksual ke atasnya oleh pegawai tinggi kerajaan Zhang Gaoli yang kini telah bersara, beberapa tahun lalu.
Peng mendedahkan perkara itu dalam catatan di akaun media sosial miliknya pada Rabu.
Namun sejam kemudian, tuduhan terhadap Zhang Gaoli telah dipadamkan.
Ini kali pertama tuduhan terhadap pegawai tertinggi kerajaan didedahkan di akaun media sosial.
Zhang, 75, berkhidmat sebagai Naib Perdana Menteri China di antara tahun 2013 dan 2018 dan merupakan sekutu rapat kepada Presiden Xi Jinping.
"Saya tahu sebagai pegawai tertinggi seperti kamu, Naib Perdana Menteri Zhang Gaoli, kamu boleh kata kamu tidak takut.
"Namun walaupun saya boleh dikenakan tindakan, saya akan ceritakan perkara sebenar tentang kamu," dedah Peng dalam tangkap layar yang sempat dirakam warga netizen.
Peng mendedahkan insiden kali pertama dipaksa mengadakan hubungan seks ketika melawat rumah bekas pemimpin itu untuk bermain tenis.
"Kamu telah memaksa saya untuk mengadakan hubungan seks dan saya tidak berhenti menangis selepas itu," katanya lagi.
Peng bagaimanapun mengaku dia tidak mempunyai bukti terhadap pendedahannya itu.
"Saya tidak mempunyai bukti kerana kamu melarang saya membawa sebarang alat perakam, hanya pengalaman yang mengerikan itu," katanya.
Sepanjang kariernya, Peng telah memenangi dua trofi Grand Slam beregu wanita -- pertama di Wimbledon pada 2013 dan kali kedua di Roland Garros pada 2014 -- kedua-duanya berganding dengan Hsieh Su-wei dari Taiwan.
Astro Awani
Thu Nov 04 2021
Sepanjang kariernya, Peng telah memenangi dua trofi Grand Slam beregu wanita. - Foto REUTERS
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Piala Thomas: Malaysia muncul naib juara Kumpulan D
Malaysia melolosi Kumpulan D Piala Thomas selaku naib juara apabila tunduk 2-3 kepada Denmark, sebentar tadi.
10 Berita Pilihan - (30 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pelaksanaan hukuman sebat di khalayak di bawah bidang kuasa negeri - Mohd Na'im
Hukuman sebat bagi pesalah syariah di khalayak ramai adalah di bawah bidang kuasa negeri.
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
FAM buat persiapan awal aksi menentang Krygystan, Taiwan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah membuat perancangan awal dalam usaha membantu skuad Harimau Malaya mencipta sejarah mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia buat kali pertama.
Tumpuan Rabu - 01 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Matrade sasar ketengahkan 150 syarikat Malaysiaa di CAEXPO 2024
Matrade menyasar untuk menampilkan 150 syarikat Malaysia di CAEXPO 2024 yang akan berlangsung di Nanning, China dari 24 hingga 28 Sept, 2024.
Malaysia perlu guna kepakaran, sumber secara kolektif bagi memacu industri halal - Tengku Zafrul
Malaysia perlu memanfaatkan kepakaran dan sumber secara kolektif bagi memacu pertumbuhan dan pembangunan mampan dalam industri halal.
WTA umum gantung kejohanan di China
Ia susulan kebimbangan berkaitan pemain tenis China, Peng Shuai.
WTA masih sangsi keberadaan Peng Shuai
Video itu tidak mengubah gesaan WTA agar siasatan penuh diadakan secara adil dan telus, tanpa penapisan, terhadap dakwaan yang dibuat.
WTA kurang yakin kemunculan semula Peng Shuai selepas lama menghilang
Bekas beregu nombor satu dunia itu sebelum ini dilaporkan hilang selepas membuat dakwaan bahawa dia telah menjadi mangsa gangguan seksual.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Serena Williams terkejut dengan misteri kehilangan Peng Shuai
Peng dikatakan tidak ditemui sejak mendedahkan mengenai serangan seksual yang dialaminya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pengerusi WTA lebih gusar selepas terima e-mel Peng Shuai
Peng dilaporkan hilang sejak membuat tuduhan serangan seksual yang dilakukan oleh seorang bekas pegawai tertinggi kerajaan China.
Bintang tenis China, Peng Shuai dakwa dipaksa adakan hubungan seks
Ini kali pertama tuduhan terhadap pegawai tertinggi kerajaan didedahkan di akaun media sosial.