ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 November 2021.

1. Jalan darat Malaysia, Singapura dibuka 29 November ini

Hasni berkata perjalanan darat antara Singapura dan Johor Bahru hanya merangkumi pemegang pas jangka panjang bagi mereka yang bekerja di Singapura dan juga bekerja di Johor Bahru.
23 minit lalu


2. Malaysia, AS meterai kenyataan bersama tingkatkan kolaborasi dalam perdagangan, pelaburan

Azmin berkata kedua-dua negara bersetuju untuk berkolaborasi dalam bidang seperti produk pengawalan perubahan iklim, perdagangan digital, peranti perubatan dan elektrik dan elektronik.

3. COVID-19 | Belgium ketatkan SOP tangani lonjakan kes

Perdana Menteri Belgium, Alexande De Croo memberi amaran situasi pandemik semasa di negara itu adalah ditahap merah. Beliau menambah bahawa penggunaan pelitup muka di tempat yang sesak.

4. COVID-19 | Rusia sekali lagi rekod kes kematian tinggi

Lonjakan dalam kematian serta jangkitan bermula pada pertengahan September dan terus meningkat sehingga kini.

5. Pencemaran India | Lebih ramai kanak-kanak alami masalah pernafasan

Lebih ramai kanak-kanak berada di hospital dengan masalah pernafasan akibat paras pencemaran udara yang kekal tinggi di New Delhi, India. Kerajaan menutup lima stesen janakuasa dan melanjutkan tempoh penutupan sekolah bagi membendung krisis itu.

6. Pesawat pejuang F-35 UK terhempas

Sebuah pesawat pejuang F-35 British terhempas ke dalam laut semasa operasi rutin di Laut Mediterranean, kata Kementerian Pertahanan negara itu.

7.Pengerusi WTA lebih gusar selepas terima e-mel Peng Shuai

Peng dilaporkan hilang sejak membuat tuduhan serangan seksual yang dilakukan oleh seorang bekas pegawai tertinggi kerajaan China.

8. UEL: West Ham didenda UEFA, penyokong tidak dibenarkan ke Vienna

Badan Pengawalan, Etika dan Disiplin UEFA mengenakan dua denda berjumlah keseluruhan 34,500 euro ke atas kelab itu.

9. Dua tahun bersama, akhirnya Camila Cabello dan Shawn Mendes berpisah

Berita perpisahan itu dikongsikan oleh pelantun lagu "Don't Go Yet" itu menerusi kemas kini di IG Stories.

10. Penyanyi rap AS mati ditembak ketika beli biskut

Dolph dilapor ditembak di kedai Makeda's Homemade Butter Cookies, Memphis dari dalam sebuah kereta.