ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 April 2024.
1. Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Di sebalik tumpuan terarah kepada usaha mengetengahkan keutamaan strategik dalam isu ekonomi, perdagangan serta pelaburan, Malaysia turut memanfaatkan platform Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh dengan menyuarakan sokongan berterusan kepada rakyat Palestin yang berdepan kezaliman rejim zionis Israel.
2. Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menghubungi pemimpin Qatar dan Mesir mengenai cadangan gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
3. Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara tentera rejim Zionis Israel pada Isnin.
4. Negara Barat cadang henti penjualan senjata dan sekat pemindahan teknologi ke Israel
Beberapa negara Barat telah mencadangkan untuk menghentikan penjualan senjata dan menyekat perpindahan teknologi ke Israel dalam pakej langkah yang dibincangkan semasa mesyuarat dua hari di ibu negara Arab Saudi, Riyadh, Sputnik memetik laporan akhbar Turkiye Hurriyet pada Selasa, memetik sumber.
5. Lelaki berpedang serang orang awam di London, lima cedera
Satu serangan bersenjatakan pedang dilapor berlaku berdekatan stesen keretapi bawah tanah di Hainault, timur laut London, menyebabkan sekurang-kurangnya lima cedera akibat ditikam.
6. Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Israel menyuarakan kebimbangan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersiap sedia untuk mengeluarkan waran tangkap bagi pegawainya atas tuduhan berkaitan dengan pengendalian perang terhadap Hamas.
7. AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat (AS) mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
8. IMF lulus pembiayaan dana AS$1.1 bilion kepada Pakistan
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Isnin meluluskan pembiayaan segera dana bantuan bernilai AS$1.1 bilion kepada Pakistan.
9. CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Presiden Joe Biden meluluskan rang undang-undang (RUU) yang memaksa Bytedance menjual perniagaan TikTok sekiranya ingin terus beroperasi di Amerika Syarikat.
10. Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
Astro Awani
Tue Apr 30 2024
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
WEF24: Fintech global terus kukuh disokong permintaan tinggi
Industri teknologi kewangan (Fintech) global menunjukkan kekuatan dan daya tahan serta terus berkembang disebalik unjuran ekonomi tidak menentu.
WEF24: Malaysia sertai pakatan peralihan tenaga bersih negara membangun
Negara anggota akan turut berkongsi amalan terbaik untuk menarik kemasukan modal dalam teknologi baharu yang lebih mampan.
AMNC 2023: Saling percaya ialah teras kesejahteraan global - Presiden WEF
Perkongsian terbuka perlu terus digalakkan antara negara-negara untuk berdepan dengan pelbagai cabaran global yang tidak menunjukkan tanda mereda.
WEF2023: Perlu pendekatan menyeluruh tangani risiko - Tengku Zafrul
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kebergantungan terhadap kerajaan sahaja dalam menangani risiko adalah tidak memadai.
'Kerjasama Di Sebalik Perpecahan Dunia': Ini fakta penting WEF 2023
WEF23 menghimpunkan lebih 2,700 pemimpin dan pakar dari 130 negara, termasuk lebih 370 tokoh daripada kerajaan dan organisasi antarabangsa, lebih 1,500 pemimpin perniagaan dan lebih 90 inovator.
Pendidikan 4.0: Tiga kemahiran diperlukan untuk pekerjaan masa depan
Tiga kemahiran ini akan memainkan peranan bagi menaik taraf sistem pendidikan sedia ada demi perkembangan kerjaya masa depan.
Malaysia perlu lebih terlibat dalam pembuatan dasar peringkat rantau dan global - Shahril Hamdan
Kita tidak boleh lagi asyik berbicara hal-hal picisan yang tidak membawa kepada pembangunan negara.
Ketika ekonomi digital melonjak, jenayah siber turut meningkat
Secara puratanya terdapat 270 serangan siber bagi setiap organisasi sepanjang 2021, peningkatan sebanyak 31 peratus berbanding 2020.