awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bintang TikTok Khaby Lame tinggalkan AS selepas ditahan pegawai imigresen

Astro Awani
Astro Awani
12/06/2025
02:00 MYT
Bintang TikTok Khaby Lame tinggalkan AS selepas ditahan pegawai imigresen
Setakat ini, Khaby Lame belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai penahanannya. - Foto AP
LAS VEGAS: Khaby Lame, personaliti TikTok paling popular di dunia, telah meninggalkan Amerika Syarikat (AS) secara sukarela selepas ditahan oleh pegawai Imigresen dan Kastam (ICE) di Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid, Las Vegas, kerana didakwa melanggar syarat visanya.
Lame, 25, yang memiliki lebih 162 juta pengikut di TikTok, tiba di AS pada 30 April lalu dan menghadiri acara Met Gala di New York.
Namun, pihak berkuasa mendakwa beliau telah melebihi tempoh yang dibenarkan untuk berada di negara itu.
Beliau dibebaskan pada hari yang sama dan memilih untuk meninggalkan AS secara sukarela — satu langkah yang membolehkannya mengelak daripada dikenakan perintah pengusiran rasmi, yang boleh menghalangnya daripada kembali ke AS selama sedekad.
Khaby Lame, yang dilahirkan di Senegal dan dibesarkan di Itali, mula meraih populariti semasa pandemik COVID-19 menerusi video diamnya yang mempersenda “life hacks” rumit dengan ekspresi wajah yang lucu dan universal.
Beliau kini merupakan warganegara Itali dan dilantik sebagai duta muhibah UNICEF pada Januari lalu.
Insiden ini berlaku di tengah-tengah tindakan keras pentadbiran Presiden Donald Trump terhadap imigresen, termasuk serbuan besar-besaran dan penempatan ribuan anggota Pengawal Kebangsaan di bandar-bandar seperti Los Angeles.
Penahanan Lame menjadi tumpuan kerana beliau merupakan antara tokoh berprofil tinggi yang terkesan dalam gelombang penguatkuasaan terbaru ini.
Setakat ini, Khaby Lame belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai penahanannya.
Namun, beliau dilaporkan telah memuat naik gambar dari São Paulo, Brazil, beberapa hari selepas meninggalkan AS.
Topic Berkaitan
#Khaby Lame
#TikTok
#Imigresen
#Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami