awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BioNTech rancang buka ibu pejabat serantau dan kemudahan pembuatan mRNA di Singapura

Bernama
Bernama
10/05/2021
13:42 MYT
BioNTech rancang buka ibu pejabat serantau dan kemudahan pembuatan mRNA di Singapura
BioNTech antara syarikat bioteknologi yang berjaya menghasilkan vaksin COVID-19 dengan kadar keberkesanan 95 peratus. - Gambar fail/REUTERS
SINGAPURA: BioNTech SE hari ini mengumumkan rancangan memperluas kedudukan globalnya ke Asia dengan penubuhan Ibu Pejabat Serantau untuk Asia Tenggara di Singapura.
Syarikat bioteknologi Jerman berkenaan juga merancang mewujudkan kemudahan pembuatan messenger RNA (mRNA) bersepadu di republik itu dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura.
"Mempelbagaikan rangkaian pengeluaran kami adalah langkah strategi penting dalam membangunkan tapak dan kemampuan global kami," kata Ketua Eksekutif dan Pengasas Bersama, Ugur Sahin, di laman webnya.
"Dengan mRNA ini, kami akan meningkatkan kapasiti keseluruhan rangkaian kami dan meningkatkan kemampuan menghasilkan dan menghantar bekalan vaksin dan terapi mRNA kepada penduduk dunia," katanya.
Kemudahan baharu itu akan menyediakan bekalan serantau dan global BioNTech untuk calon produk berasaskan mRNA yang sedang dibangunkan, serta kemampuan pengeluaran yang pantas untuk Asia Tenggara dalam menangani potensi ancaman pandemik.
BioNTech merancang untuk membuka pejabat Singapura dan memulakan pembinaan kemudahan pembuatan pada 2021, tertakluk kepada kelulusan.
Syarikat menjangkakan ia dapat beroperasi seawal 2023 dan akan mewujudkan hingga 80 pekerjaan di Singapura.
BioNTech telah menjalin kerjasama dengan beberapa farmasi global, termasuk Genmab, Sanofi, Bayer Animal Health, Genentech, Roche Group, Regeneron, Genevant, Fosun Pharma, dan Pfizer.
BioNTech antara syarikat bioteknologi yang berjaya menghasilkan vaksin COVID-19 dengan kadar keberkesanan 95 peratus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BioNTech SE
#Ibu Pejabat Serantau
#Asia Tenggara
#Singapura
#mRNA
#Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura
#Ugur Sahin
#vaksin
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan