awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boeing 787 menuju China patah balik ke Rom akibat kebakaran enjin

Bernama
Bernama
11/11/2024
06:00 MYT
Boeing 787 menuju China patah balik ke Rom akibat kebakaran enjin
Kebakaran itu dipercayai berpunca akibat "bird strike", iaitu insiden burung bertembung dengan pesawat, yang sering berlaku. - Gambar hiasan
ROM: ROM, 11 Nov (Bernama-Xinhua) - Sebuah pesawat Boeing 787-9 Dreamliner yang dikendalikan oleh Hainan Airlines terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom sejurus selepas berlepas pada Ahad akibat kebakaran pada enjin, lapor Xinhua.
Pesawat yang membawa 249 penumpang dan 16 anak kapal itu berjaya mendarat semula dengan selamat tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.
Menurut Pengawal Pantai Itali, kebakaran itu dipercayai berpunca akibat "bird strike", iaitu insiden burung bertembung dengan pesawat, yang sering berlaku semasa fasa berlepas atau pendaratan.
Dalam satu kenyataan, Hainan Airlines memohon maaf atas kesulitan yang dialami dan mengesahkan bahawa "bird strike" disyaki sebagai punca kejadian.
Syarikat itu turut menyediakan pelbagai pilihan kepada penumpang yang terjejas, termasuk penerbangan alternatif bagi mereka yang ingin meneruskan perjalanan atau bayaran balik serta pampasan bagi yang membatalkan rancangan mereka.
Laporan media menyebut bahawa kebakaran berlaku pada enjin kanan pesawat, menyebabkan kru bertindak pantas dengan melakukan pelepasan bahan api kecemasan ke laut sebelum kembali mendarat dengan selamat di lapangan terbang.
Pesawat itu, yang berlepas dari Fiumicino pada 9.55 pagi (0855 GMT) menuju Shenzhen, China berpatah balik dan mendarat sekitar pukul 11.00 pagi (1000 GMT).
Pihak berkuasa masih belum mengesahkan sejauh mana kerosakan yang dialami pesawat itu.
Pegawai Lapangan Terbang Fiumicino memaklumkan bahawa operasi trafik udara tidak terjejas, dan tiada kelewatan ketara berlaku bagi penerbangan lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesawat Boeing
#Hainan Airlines
#Berpatah Balik
#enjin terbakar
#Rom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan