awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boeing kesan kecacatan baharu pesawat 787 Dreamliner

Bernama
Bernama
07/06/2023
21:45 MYT
Boeing kesan kecacatan baharu pesawat 787 Dreamliner
Pembuat pesawat Amerika Syarikat (AS) Boeing pada Rabu mengenal pasti kecacatan baharu pada jet 787 Dreamliner keluarannya. - Gambar fail/REUTERS
NEW YORK: Pembuat pesawat Amerika Syarikat (AS) Boeing pada Rabu mengenal pasti kecacatan baharu pada jet 787 Dreamliner keluarannya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Boeing sedang menyiasat beberapa pesawat yang masih belum diserahkan kepada pelanggan dan mungkin memerlukan baik pulih sebelum penghantaran, menurut syarikat itu pada Rabu.
"Kami sedang memeriksa pesawat 787 dalam inventori kami untuk keadaan tidak mematuhi piawaian berkaitan dengan pemasangan pada penstabil mendatar. Pesawat yang didapati bermasalah akan diperbaiki semula sebelum dijual dan penghantaran.
"Masalah itu bukan isu keselamatan segera bagi penerbangan dan pesawat dalam perkhidmatan boleh terus beroperasi dan isu berkenaan berkemungkinan tidak akan mengubah sasaran penghantarannya untuk tahun itu," menurut Boeing dalam satu kenyataan.
Pada masa sama, saham Boeing jatuh sebanyak dua peratus.
Dreamliner - satu daripada model pesawat Boeing yang paling penting - berulang kali menimbulkan masalah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Disebabkan oleh pelbagai kecacatan pengeluaran, pesawat itu tidak dibenarkan dihantar kepada pelanggan dari Mei 2021 hingga Ogos 2022. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Boeing
#kecacatan baharu
#787 Dreamliner
#pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan