awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boko Haram akhirnya bebaskan pelajar sekolah yang diculik

Agensi
Agensi
21/03/2018
23:14 MYT
Boko Haram akhirnya bebaskan pelajar sekolah yang diculik
Penculikan besar-besaran dan tindak balas kerajaan membawa kembali kenangan tragedi serangan 2014 di sebuah sekolah berasrama penuh di Chibok. - Foto REUTERS/Ola Lanre
Puak pelampau Boko Haram Nigeria akhirnya membebaskan hampir kesemua 110 gadis yang diculik dari sekolah berasrama di negara itu lebih sebulan yang lalu.
Pihak berkuasa Nigeria pada Rabu mengesahkan setakat ini 101 daripada jumlah tersebut telah selamat dibebaskan.
Sebelum itu Menteri Komunikasi Nigeria, Lai Mohammed memaklumkan bahawa 91 pelajar perempuan dan seorang lelaki telah dibebaskan.
Manakala nasib baki tebusan yang lain masih belum diketahui.
Pihak kerajaan juga mengesahkan pembebasan tersebut tidak melibatkan sebarang pembayaran wang tebusan kepada puak Boko Haram.
"Tiada wang tebusan dibayar," kata Mohammed dalam satu kenyataan. Gadis-gadis itu telah dibebaskan melalui usaha saluran balik dan pembebasan tidak bersyarat."
Puak Boko Haram dilaporkan telah membawa kesemua 101 tebusan tersebut menggunakan sembilan kenderaan sebelum meninggalkan mereka di pusat bandar negara itu ketika proses pembebasan.
Bagaimanapun puak pelampau berkenaan menyifatkan kejadian tebusan itu adalah amaran kepada semua masyarakat negara itu agar tidak menerima sistem pembelajaran pendidikan Barat yang diamalkan ketika ini.
Penculikan besar-besaran dan tindak balas kerajaan membawa kembali kenangan tragedi serangan 2014 di sebuah sekolah berasrama penuh di Chibok.
Ketika itu Militan Boko Haram menculik 276 pelajar perempuan, dan sekitar 100 daripada mereka tidak pernah kembali.
Sesetengah gadis didakwa terpaksa berkahwin dengan penculik mereka.
Topic Berkaitan
#2014
#haram
#kerajaan
#lelaki
#menteri
#militan
#Nigeria
#pelajar
#pendidikan
#sekolah
#serangan
#tebusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan