MAIDUGURI: Kumpulan pemberontak Boko Haram mendakwa telah menembak jatuh sebuah jet pejuang Tentera Udara Nigeria pada Jumaat, dua hari selepas pesawat itu hilang di timur laut negara itu.
Dalam video dipercayai daripada Boko Haram, tertera tulisan "NAF 475" pada bangkai pesawat yang hangus terbakar.
Seorang militan bertopeng dilihat berdiri di atas bangkai pesawat dan mendakwa ia "jet pejuang Tentera Udara Nigeria 475".
Rakaman itu kemudian menunjukkan mayat dipercayai anggota tentera.
Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan kesahihan video tersebut.
Jurucakap tentera udara berkata satu kenyataan akan dikeluarkan tidak lama lagi.
Dalam kenyataan terdahulu pada Jumaat, tentera udara negara itu mengeluarkan kenyataan berikut:
"Pesawat Alpha Jet (NAF475) hilang dari radar dengan dua kru pada 31 Mac 2021 mungkin terhempas.
"Punca kemalangan serta keberadaan 2 juruterbang masih belum diketahui."
Kehilangan pesawat Tentera Udara Nigeria (NAF) Alpha Jet 475 itu memberi tamparan kepada usaha Nigeria untuk memerangi pemberontakan di timur laut.
Ia dalam usaha negara itu membendung penyebaran pengaruh Boko Haram dan Daish.
Astro Awani
Fri Apr 02 2021
Kumpulan pemberontak Boko Haram mendakwa telah menembak jatuh sebuah jet pejuang Tentera Udara Nigeria pada Jumaat, dua hari selepas pesawat itu hilang di timur laut negara itu. -Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya diselamatkan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu.
10 terbunuh dalam serangan Boko Haram
Organisasi pengganas itu menyasarkan pekerja di ladang, dengan sembilan lagi mangsa diculik.
Boko Haram dakwa tembak jatuh jet tentera udara Nigeria
Dalam video dipercayai daripada Boko Haram, tertera tulisan "NAF 475" pada bangkai pesawat yang hangus terbakar.
Lebih 300 murid diculik militan Boko Haram dibebaskan
Kesemua 344 kanak-kanak itu telah dibawa pulang oleh pihak keselamatan.
50 lelaki bersenjata serbu kampung, culik 15 gadis
Seramai 15 remaja perempuan telah diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata dalam kejadian di tenggara Niger, pada Sabtu.
Cameroon tubuh pusat latihan vokasional untuk bekas pejuang Boko Haram
Beliau membuat pengumuman itu di pangkalan pasukan petugas multinasional di Mora yang terletak dalam rantau Utara Jauh, Cameroon ketika bertemu kira-kira 100 bekas pejuang Boko Haram.
Nigeria sabitkan 205 suspek anggota Boko Haram
Sabitan ke atas sejumlah 205 individu dalam perbicaraan beramai-ramai itu menandakan tamatnya peringkat kedua cabaran perundangan terbesar di Nigeria terhadap Boko Haram.
Boko Haram bebas 13 tebusan kepada kerajaan Nigeria
Tiga daripada tebusan itu adalah pensyarah dari Universiti Maiduguri yang diculik semasa perjalanan penjelajahan minyak di Magumeri, di timur laut Borno, pada Julai 2017.
50 maut dalam serangan bunuh diri di Nigeria
Tiada pihak mengaku bertanggungjawab, namun polis percaya serangan didalangi puak pelampau Boko Haram.
Serangan bom di Nigeria, 18 terbunuh
Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.15 malam waktu tempatan, pada Rabu, selepas empat orang dipercayai pengebom bunuh diri meluru masuk ke kawasan tempat masyarakat Islam sembahyang di Muna Gari.