awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua Perbendaharaan AS puji ‘kemenangan besar’ PM Jepun, Sanae Takaichi
Epstein didakwa cuba dekati Putin
Gerai Lemang Kijal bakal berwajah baharu, sedia kemudahan lebih selesa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bom tinggalan perang seberat 340kg ditemukan di Kemboja

Bernama
Bernama
13/08/2024
22:00 MYT
Bom tinggalan perang seberat 340kg ditemukan di Kemboja
Pakar Pelupusan Ordnans Letupan Pusat Penghapusan Periuk Api Kemboja berjaya menyahaktifkan sebutir bom Aerial M117 tinggalan perang yang ditemui di kawasan sawah padi di daerah Kandal Steung, wilayah Kandal. - Facebook Heng Ratana
PHNOM PENH: Kemboja telah menemukan dan berjaya memindahkan sebutir bom jenis Aerial M117 buatan Amerika Syarikat (AS) yang dipercayai tinggalan perang di wilayah Kandal, selatan negara itu, kata ketua penghapusan periuk api pada Selasa, lapor Xinhua.
Ketua Pengarah Pusat Penghapusan Periuk Api Kemboja (CMAC) Heng Ratana berkata bom M117 itu dengan berat keseluruhan kira-kira 340 kilogram (kg) ditemukan di kawasan sawah padi di daerah Kandal Steung.
"Hari ini (13 Ogos), pakar Pelupusan Ordnans Letupan (EOD) CMAC berjaya menyahaktifkan bom Aerial M117 di daerah Kandal Steung, wilayah Kandal.
"Bom M117 ini digunakan secara meluas semasa perang Vietnam-Amerika dan lazimnya digugurkan oleh pesawat B-52G," tulis Ratana di media sosial, sambil berkongsi gambar bom itu.
Menurut Ratana, sejak awal tahun ini, pasukan EOD telah menemukan dan memindahkan 10 bom Aerial MK-82 dan dua bom Aerial M117 dengan selamat di beberapa wilayah termasuk Kampong Cham, Kampong Speu, Kandal, Preah Sihanouk dan Svay Rieng serta ibu negara Phnom Penh.
Ratana menulis di media sosial pada Februari lepas bahawa dianggarkan lebih empat juta tan bom Aerial dan 27 juta bom kluster telah digugurkan di sekitar 115,273 lokasi di seluruh Kemboja oleh lebih 500,000 misi pengeboman AS antara pertengahan 1965 dan 1973.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bom tinggalan perang
#Kemboja
#Heng Ratana
#bom buatan Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan