Bekas Datuk Bandar London, Boris Johnson dipilih menjadi ketua Parti Konservatif yang baharu dalam satu proses pengundian yang dijalankan oleh parti itu dengan 92,153 undi.
Kejayaan menewaskan pesaingnya Setiausaha Luar Jeremy Hunt yang hanya mampu mendapat 46,656 undi mencerahkan lagi peluang Johnson untuk diangkat menjadi perdana menteri negara itu Rabu ini.
Agensi berita antarabangsa AFP melaporkan, Perdana Menteri United Kingdom Theresa May sudah pun menghantar surat perletakan jawatan kepada Ratu Elizabeth II.
Sewaktu menyampaikan ucapan kemenangannya di Pusat Ratu Elizabeth II di London, Johnson berkata, “Kami akan kembali memberdayakan negara ini,” di samping berjanji akan menyelesaikan isu berkaitan Brexit sebelum 31 Oktober ini.
“Kita semua sekali lagi akan mempertaruhkan kepercayaan kepada diri sendiri, dan seperti gergasi yang sedang tidur, kita akan bangkit dan melepaskan diri daripada kesangsian, daripada diri sendiri, serta persepsi negatif.
“Ini dapat dilakukan dengan menyediakan peluang pendidikan, infrastruktur yang lebih baik, lebih ramai anggota polis, jalur lebar di setiap rumah.
"Kita akan menyatukan negara yang hebat ini dan kita akan terus maju ke hadapan,” katanya lagi.
Astro Awani
Tue Jul 23 2019

Boris Johnson bakal dilantik sebagai Perdana Menteri United Kingdom pada Rabu. -Reuters

Air tangan daging salai masak lemak Khalid Jamlus
Bekas penyerang Harimau Malaya, Khalid Jamlus, kini mengambil inisiatif mengusahakan gerai makan yang menyajikan masakan daging salai masak lemak.

Orang hilang | Mayat nelayan ditemui anak sendiri di laut
Mayat seorang nelayan ditemui di dalam perahunya di perairan Laut Batu Payung, Tawau oleh dua anak lelakinya. Amirkhan Binjamin berkata bapanya Binjamin Osman, 65 tahun, keluar dari rumah di Kampung Tanjung Batu Laut sejak 5 petang Sabtu untuk memukat, namun gagal pulang sehingga tengah malam tadi.

Jenayah | Sarang judi sabung ayam terbongkar
Pertaruhan sehingga RM2000 Jadi tidak hairan kegiatan judi laga ayam di kawasan belukar di Segambut Dalam, Kuala Lumpur menjadi tumpuan kaki judi.

Politik | Tok Mat nafi dipilih sebagai calon PM
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan dakwaan beliau telah dipilih sebagai calon Perdana Menteri untuk Muafakat Nasional (MN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti. Beliau yang mesra dikenali sebagai Tok Mat itu berkata, berita yang tular itu adalah palsu.

10 Berita Pilihan - (24 Januari 2021)

Pasca banjir | Kerajaan Johor pohon peruntukan RM48 juta
Kerajaan Johor memohon peruntukan RM48 juta daripada kerajaan persekutuan bagi membaiki infrastruktur yang rosak di enam daerah akibat banjir. Exco kerja Raya Pengangkutan Dan Infrastruktur negeri Johor, Mohd Solihan Badri berkata,peruntukan itu untuk membaiki jalan, cerun bukit dan jambatan yang rosak

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 24 Januari 2021.

Pemimpin parti dalam Majlis Presiden PN puas hati penjelasan mengenai Ordinan Darurat - PM
Muhyiddin yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini berkata antara yang turut dibincangkan adalah pelan imunisasi vaksin yang akan bermula Februari depan

PKP - Tidak ada sebut tentang pkp penuh - EuroCham
Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah Malaysia (EuroCham Malaysia) menafikan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ada sebut tentang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan penuh pada Februari, jika jumlah kes jangkitan COVID-19 gagal diturunkan. Dalam satu kenyataan, eurocham memaklumkan surat berkenaan merupakan pekeliling dalaman yang dihantar kepada semua anggota untuk menyampaikan intipati perbincangan tidak rasmi dengan MITI.

COVID-19: Masih awal untuk katakan bila sekatan dimansuh - Johnson
Apa yang pasti, Perdana Menteri United Kingdom (UK) Boris Johnson berkata, beliau menjangkakan negara itu akan berdepan beberapa minggu yang sukar.

COVID-19: UK tutup semua koridor perjalanan bermula Isnin
Penutupan koridor perjalanan ini akan berkuatkuasa sehingga 15 Februari.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Vaksin COVID-19: Ratusan ribu dos diberi menjelang pertengahan Jan di UK
Beliau yakin kesemua mereka dalam golongan rentan akan menerima suntikan vaksin menjelang 15 Februari.

COVID-19: Ketua Pembangkang UK gesa sekatan seluruh negara
Penularan COVID-19 di UK kini tidak terkawal dan sekatan seluruh negara adalah perkara pertama yang perlu dilakukan ketika ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Boris Johnson mungkin kalah dalam pilihan raya seterusnya - Tinjauan
Rumusan ini diperoleh hasil tinjauan terperinci pertama mengenai persepsi masyarakat terhadap pengendalian Johnson terhadap perbincangan Brexit yang baru selesai dan pandemik COVID-19.

Rundingan perdagangan pasca-Brexit ditandatangani secara rasmi
Dokumen itu kemudiannya akan diterbangkan ke London melalui pesawat RAF kepada Perdana Menteri Britain, Boris Johnson untuk menandatanganinya.

UK dijangka guna vaksin Oxford-AstraZeneca mulai Januari
Vaksin buatan Oxford-AstraZeneca dijangka mendapat kelulusan pihak berkuasa UK dalam beberapa hari lagi.

Brexit: UK, EU capai kata sepakat perjanjian dagangan
United Kingdom dan Kesatuan Eropah (EU) mencapai kata sepakat bagi rundingan perdagangan, pasca Brexit pada Khamis.