awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boston Dynamics tamatkan pembangunan robot Atlas

Amanz
Amanz
17/04/2024
15:04 MYT
Boston Dynamics tamatkan pembangunan robot Atlas
Atlas memulakan hidup di bawah projek DARPA untuk membangunkan robot dua kaki yang boleh berjalan seperti manusia. - Gambar Amanz
BOSTON Dynamics telah menamatkan pembangunan robot Atlas yang terkenal dengan kemampuan melakukan aksi balik kuang, menari dan membantu pekerja di tapak pembinaan.
Pengumuman dilakukan menerusi video yang dimuat naik di laman YouTube rasmi Boston Dynamics.
Atlas memulakan hidup di bawah projek DARPA untuk membangunkan robot dua kaki yang boleh berjalan seperti manusia.
Ia telah menjalani beberapa iterasi sejak 2013 dengan ia secara perlahan-lahan boleh berjalan sebelum berlari, mengimbangi tubuh walaupun ditendang dan kemudian melakukan aksi balik kuang seperti seorang ahli gimnastik.
Tidak seperti robot Boston Dynamics yang lain seperti Spot dan Stretch, Atlas tidak pernah dijual secara komersial.
Sejak dari awal ia menjadi platform untuk Boston Dynamics menguji pelbagai sensor serta teknologi terkini robotik mereka.
Tidak diketahui apakah yang akan dibangunkan seterusnya oleh Boston Dynamics dan sama ada Atlas akan digantikan dengan robot yang lebih berkemampuan. - Amanz
Topic Berkaitan
#robot Atlas
#Boston Dynamics
#robot berjalan
#aksi balik kuang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan