awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Brazil ambil alih kepengerusian BRICS, fokus pada kerjasama Selatan Global

Bernama
Bernama
02/01/2025
12:07 MYT
Brazil ambil alih kepengerusian BRICS, fokus pada kerjasama Selatan Global
Brazil mengambil alih pengerusi bergilir kumpulan BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) pada Rabu.
SAO PAULO: Brazil mengambil alih pengerusi bergilir kumpulan BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) pada Rabu. Agenda utama adalah tumpuan memperkukuh kerjasama antara negara Selatan Global, menurut kenyataan kerajaan Brazil, seperti yang dilaporkan Xinhua.
Ia juga akan memberi tumpuan kepada pembaharuan tadbir urus antarabangsa dan mewujudkan mekanisme untuk memudahkan perdagangan di kalangan ahlinya.
"Kumpulan itu merupakan satu daripada forum politik dan diplomatik utama bagi negara Selatan Global dengan memberi tumpuan kepada kerjasama dalam pelbagai sektor," menurut kenyataan itu.
Matlamat utamanya termasuk membangunkan sistem pembayaran untuk memudahkan perdagangan dan pelaburan antara ahli, mempromosikan tadbir urus kecerdasan buatan yang inklusif dan bertanggungjawab, serta meningkatkan mekanisme pembiayaan untuk menangani perubahan iklim.
Agenda itu juga menekankan projek kerjasama di kalangan negara Selatan Global, terutamanya dalam bidang kesihatan awam serta memperkukuh struktur institusi BRICS.
Sebagai negara tuan rumah sehingga akhir tahun ini, Brazil juga akan menganjurkan dan menyelia mesyuarat kumpulan kerja, mengumpulkan wakil dari negara anggota untuk membincangkan dan melaksanakan keutamaannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Brazil
#ambil alih kepengerusian
#BRICS
#kerjasama Selatan Global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan