SAO PAULO: Presiden Brazil Jair Bolsonaro pada Isnin mengumumkan kerajaannya telah mencapai perjanjian untuk mengimport bahan api diesel dari Rusia sebagai sebahagian daripada langkah menurunkan harga bahan api di negara ini.

"Ia sudah dimuktamadkan. Diesel akan tiba di Brazil dari Rusia dalam tempoh 60 hari," lapor Xinhua memetik Bolsonaro dalam sidang media.

Bolsonaro mempertahankan keputusan mengimport diesel Rusia kerana ia lebih murah berbanding pembekal asing lain.

"Brazil mengimport hampir 30 peratus diesel untuk kegunaan negara. Kita mesti mengimport daripada mereka yang menawarkan harga berpatutan," katanya.

Brazil mengambil pendirian berkecuali berhubung konflik Ukraine dan Rusia.

-- BERNAMA